September 19, 2020

Salam perpisahan & Selamat berjaya

Kisah 2 minggu lepas dan kesannya membawa ke hari ini.

Mungkin pada satu pihak, pembaharuan ini bakal mendatangkan keuntungan yang lebih besar, tapi tidak semestinya membawa keuntungan untuk pihak yang lain.

Tak faham? Takpe, biarkan..

Pendapat aku, dalam satu organisasi korporat, pekerja adalah aset yang perlu dijaga oleh majikan selain daripada laptop, kerusi meja dan pinggan gelas di pantri..Jatuh bangun sesuatu organisasi juga banyak bergantung kepada kekuatan staff/pekerja selain daripada produk yang dijual.

 

Jamuan perpisahan di Secret Recipe untuk batch terakhir yang ‘berjaya’ mencari haluan kiri masing-masing. Dan majoriti adalah muka baru di dalam organisasi aku sekarang ini. Aku pun terasa baru, muda dan energetik gak..hahah..

 

Puan Shida(tudung grey)..first aku masuk kompeni ni, dia la orang pertama yang aku jumpa, sebab kena isi borang intebiu..lepas tu, jumpa dia pun sebab nak apply cuti je.haha..All the best dengan bisnes skang ni!

 

Walaupun majoriti klik-klik aku yang otai, masing-masing dah membawa haluan ke simpang yang lebih baik, dan aku tetap masih di sini meneruskan sisa-sisa masa yang ada, bersama dengan klik-klik baru yang majoriti adalah muka baru dalam industri minyak&gas tanah air.

Natijahnya, Workload dah semakin overload

Untuk semua yan ‘terlibat’..salam perpisahan dan selamat maju jaya!

Doakan aku menemui haluan kiri yang hakiki!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Salam perpisahan & Selamat berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *