October 22, 2020

Malam pertama tarawikh

Lepas magrib semalam, lepak-lepak depan tv sambil hapdet setetus fesbuk. Bukan main ramai lagi fren aku yang hapdet dok remind pasal solat sunat terawikh. Alhamdulillah, rasa seperti berkawan dengan kawan-kawan di syurga ajer..

Elok je azan isyak berkumandang dan jelas kedengaran dari rumah aku, aku melangkah kaki menuju ke surau berdekatan. Dekat tak dekat la, terpaksa gak naik kete sebab ujan. Opss..bukan takat naik je, aku drive skali kete tu ke surau. Kasi berkat lebih sikit..

Elok je sampai, aku park kete btol-btol depan pintu masuk surau tu. Alhamdulillah, rezeki malam nih. Lepas lock kete, aku menuju ke tempat parking selipar lak. Park selipar lelok kasi kemas-kemas. Dengan tenang aku melangkah ke bahagian saf tengah. Salam-salam ngan brader kat sebelah, aku jeling dia, siap berkemeja lengan panjang, tight in dan berseluar slack. Kemas dan segak. Tengok kat tangan dia ada Galaxy Note, ngah hapdet setetus fesbuk letter..,Aku senyum, dia reply senyum aku.

Seketika, iqamat berkumandang..aku betul-betulkan saf, bagi rapat-rapat. Tarik nafas, cuba fokuskan sedalam mungkin untuk ibadat kali nih. Selepas angkat takbir, aku teruskan bacaan sekusyuk mungkin sambil melayan bacaan surah-surah suci daripada iman, import dari syria kata ajk surau nih..sedap mamat ni mengaji. Semua makmun tunduk kusyuk..

Alhamdulillah, selepas beberapa minit, setel 4 rakaat kami. Kiri kanan aku bagi salam, then raut wajah yang suci tulus nih. Tenang hati nih..

Belum sempat lidah kecil aku meneruskan istighfar, brader smart kat sebelah aku pandang aku. Aku perasan, lama dia pandang. Aku jeling dia balik sambil hati berbicara’ lu pehal??’..

Beberapa saat, dia dekatkan mulut dia kat telinga aku..” bang, kat sini memang terawikh dia 4 rakaat streit ke? takde stop 2 rakaat luh ke?”

Aku senyum…

brader, buka takat kat sini, kat amarika pon, kami buat solat isyak memey 4 rakaat skali gus. Lepas ni baru kita buat yang 2 rakaat stop 2 rakaat tu dih..”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Malam pertama tarawikh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *