December 13, 2024

KRABI TRIP: AONANG BURI RESORT

Halu halu halu..rasanya masih tak basi lagi kot untuk aku update kisah percutian aku & Puan Nunu tempoh hari. Destinasi kali ni adalah ke Krabi, Thailand. Since ni first time aku ke sini selain ke Golok, sedikit teruja. Lagi pon ni first time travel by air ngan bini woo…Trip kali ni meggunakan Air Asia sebagai pengangkutan udara, dan pembelian di saat-saat akhir memang tidak menguntungkan. So, takyah nak bercerita tentang harga tiker flight KL-Krabi le kan..

 

Tak silap aku, penerbangan ke Krabi oleh Air Asia ni hanya sekali sehari kot. Tapi tiap-tiap hari le ada. Leh search di website AirAsia untuk info lanjut.

 

Penerbangan dari KL ke Krabi hanya mengambil masa selama sejam setengah. Masa yang pendek ni memang takde maknanya aku nak ‘jenero’..borak-borak ngan orang sebelah, baca-baca magazine, tup-tup dah sampai..

Kat AIrport Krabi tu, baru aku amik taxi ke hotel. Takyah risau pasal taxi-maxi ni, kat airport tu macam-macam jenis taxi ada. Pandai-pandai la cari yang korang mampu dan suka. Aku amik taxi eh act bukan cam taxi sangat pon, cam minibus tu. Tapi dua orang je dia bawak. Dari airport ke hotel kami di Aonang, kena dalam 600baht.

 

 

Since aku hanya online booking untuk hotel sahaja, so terpaksalah mintak tolong driver taxi tu singgah travel agency yang bagus untuk trip-trip ke pulau. Ni travel agency yang aku pilih. Aku pilih trip untuk 4 Island nye pakej kali nih. Di sini gak boleh booking untuk taxi bawak balik ko ke airport masa nak balik Malaysia nanti. So, aku beli siap-siap, book driver+taxi sekali ngan jam berapa. Diorang akan jemput kat lobi hotel nanti. Setel! Oh ye, act banyak pakej-pakej yang menarik ada kat sini. Ada pakej tour Phi-phi Island, Hong Island dan macam-macam lagi la. Macam-macam yang korang leh buat masa tour tu such as snorkelling, sun bath, scuba diving dan nak skodeng je pon boleh.

 

 

Lebih kurang setengah jam dari airport adalah tempat penginapan kami untuk trip kali nih, Aonang Buri Resort, terletak betul-betul tepi Nopparat Thara Beach, tak jauh dari Aonang Beach. Aku dapat tempat ni dengan harga promo kot agoda.com. Agoda.com ni aku rekemenkan as website yang patut korang manfaatkan kalau nak cari hotel-hotel bagus dengan harga promo. Boleh beli online siap-siap, so datang-datang je terus amik kunci dan check in!:-)

 

 

Tara!! Bilik untuk kami berdua. Tak main la dok sorang-sorang lagi..hahaha..siap ada dua ekor anak gajah lagi diorang kasi..hahaha..

 

Complimentary drink dari pihak Aonang Buri Resort. Drinking water dalam bekas kaca lagi tu. Ada satu mineral water tu, tak silap aku jenama Evian, amik ko, sebotol 500ml tu mencecah harga 50bath bersamaan dengan RM5..jadah air mineral semahal tu.

 

Ni pe kes toilet pon nak amik gak. Cer citer, ada tak jamban hotel/resort yang teruk giler? Selama ni, hotel aku dok memang bagi toilet yang leh buat tempat berak lama-lama kot..kihkih..

 

Posing ngan anak-anak gajah luh. Sekejap je ada rupa anak gajah tu, lepas tu memang dah lencun la tu.

 

Aku sampai kat sini lebih kurang jam 3 petang. Nak kuar jejalan time tu, memang masih panas terik lagi. Sambil nunggu Cik Puan berkemas dan masakkan megi, aku test luh kemantapan tilam bilik nih. Fuhh..memang terbaik la, siap leh mimpi berjemur ngan minah saleh tepi pantai lagi tu…kahkah..

Enjoice!

to be continued…~

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “KRABI TRIP: AONANG BURI RESORT

  1. wow gambar anda sungguh cantik dan saya berharap anda mempunyai menikmati bulan madu anda. sayang anna: anda perlu menyewa perkhidmatan teksi lapangan terbang yang terbaik dan berpatutan.

  2. salam, saya nak tanya sikit. senang tak nak dapat kan airport transfer dari hotel sebab flight saya dari krabi ke kl dalam pukul 8.30 pagi. takut jugak takde transport utk ke airport pagi2 buta nanti. huhu terlepas flight naye wooo

  3. Salam,
    Boleh sy tau harga pakej2 yg awk ambil dari travel agent tu? Sebab sy ada jgk baca di blog lain yg harga travel agent tu boleh tahan mahal. Sebab ada yg cakap boleh dapat lagi murah dekat area Ao Nang. Kalau awk xkisah utk kongsi cerita, sy just nak compare price.

    TQ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *