March 29, 2024

Kisah nenek dilanggar beca hingga MATI

Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai, membeli ubi dan dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama – “Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari”

Harian Metro – “Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan”

Utusan Malaysia – “Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?”

Harakah – “Kami tiada beca”

Malaysiakini – “Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah”

Twitter @NajibRazak – “Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat”

Blog Melayu paranoid – “Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca”

Ibrahim Ali – “Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!”

Pancaindera – “Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster.”

Mastika – “Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Kisah nenek dilanggar beca hingga MATI

  1. Blog kakcik – nenek mati kelaparan sebelum sempat makan ubi rebus setelah sekian lama tak mampu membeli beras untuk ditanak menjadi nasi (hahaha… panjang bukan main tajuknya!)

  2. nenek? beca? ubi..apakah analogi yg ingin ko smpikan wahai JMR?? Mak yg brsklh pondok ini tidak mengetahui apakah motip yg ingin ko berikan..

Leave a Reply to ardinihumaira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *