April 24, 2024

Makan Free

…mana ada orang sesenang nak bagi makan free kan. Kurang-kurang kena gak sapu sampah atau buat le pape yang patut, selain ‘menjilat bontot’ kan. Ke ada ek, ngah seksa-seksa berjalan bawah panas ceng ceng, tetiba ada apek ajak makan free? Dah sudah makan, blah aje..Takde kan? Kurang-kurang kena gak urut-urut manja si apek tu luhh kan..kan kan? Baik angguk laju-laju..

Khamis lepas, setel satu episod sudah. Episod yang bolah dikatakan berbaloi..

Bukan berbaloi sebab dibayar dengan wang ringgit, bukan juga sebab ditopup dua puluh ringgit. Aku rasa ramai yang bersetuju, kerja yang dicari bukan kerja yang menjanjikan pulangan yang lumayan, tapi sebab yang paling utama ialah ‘keseronokan dalam dan dengan persekitaran kerja’. Biar pun serumit mana kerja itu, dengan sokongan rakan-rakan, lambat atau cepat, ianya akan setel dengan jayanya. Keseronokan bekerja pasti akan menjanjikan pulangan yang lumayan, tapi belum pasti pulangan lumayan menjanjikan keseronokan dalam pekerjaan.

Faham tak apa aku cakap nih?? Tak faham.. sila buat-buat fahamlah ye..

Sebelum makan free..

Dari kotak kosong, diakhiri sebegini dalam masa seminggu lebih. Bukan sekotak tapi tiga kotak. Tertunduk-tunduk sampai lenguh belakang memasing tapi masih leh bergelak ketawa. Masih sempat lepak-lepak dan ‘nummm luhhhhh’, janji progress mengikut jadual yang diplan. Itulah perbezaan besar antara kerja terancang dan tanpa perancangan.

 

Final touch up lepas FAT dan sebelum pack in!!!

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan semua ‘kotak-kotak’ ini dalam perjalanan ke Samarinda, Indonesia. Dan kepada kekawan yang ‘terpaksa’ ke sana untuk next step, selamat berjaya! silap-silap berpuasa dan beraya kat sana tuhhh kahkahkah…

 

Aku dah malas dah nih. Lagi pon aku dah takde gambar sisa makanan lain. Lapar nyer pasal, pas bismillah, terus ngap.

Tanda puas hati, sekali ngan kepala ikan aku sebat!

Series, makan ramai-ramai lagi menyeronokkan daripada makan sorang-sorang..tepuk dada, tanya selera!

peace!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Makan Free

Leave a Reply to mama aini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *