burp@

Nasi Pak Man Kota Damansara

Selepas hampir 2 jam berada di Pet Expo, perut pun dah mula minta diisi. Dalam perjalanan pulang, singgah menjamu selera di Restoran Nasi Pak Man yang terletak di KD5 Kota Damansara. Isteri yang mencadangkan kedai makan sedap di Kota Damansara ini selepas membaca review positif daripada beberapa pelanggan.

Lokasi Nasi Pak Man memang strategik. Dari NKVE, keluar di Tol Kota Damansara. Di sebelah kanan, dah boleh nampak signboard Nasi Pak Man. U-turn di lampu isyarat pertama, terus park kereta di depan kedai. Petak parkir memang senang diperoleh di sini terutama di hari minggu. Sebaik sahaja duduk, kami dihulurkan dengan sekeping menu. Menu ringkas. Harga menarik. Sepintas lalu, aku sudah tahu perut aku pasti akan memilih menu nasi kerabu & daging bakar. :-p

Menu Nasi Pak Man

Sambil menunggu menu yang dipesan sampai di meja, sempat gak aku menjeling ke meja-meja pelanggan lain. Nasi dagang nampak sedap, nasi lemak ayam pun nampak sedap, laksam pun nampak sedapppp..Rasa macam nak pesan semua menu tersebut. Sabar.

NASI KERABU SEDAP KOTA DAMANSARA

Tak lama menunggu, menu yang dipesan sampai. Nasi kerabu daging bakar, Nasi Pak Man dan Roti Tik Tak untuk Dayyan.

Roti Tik Tak? Apa tu? Sesiapa yang pernah ke Kota Bharu, pasti tahu apa itu roti tik tak atau juga dikenali sebagai roti titab. Sama je rupanya. Seakan-akan french toast dihidang bersama sebiji telur masak separuh.

Nasi Pak Man

Amacam, jilat skrin tak tengok nasi kerabu daging bakar tu? Fuhh..nasi kerabu memang kegemaran aku sejak kecil. Susah nak jumpa yang sedap di Lembah Klang ni. Di sini yang terbaik antara terbaik. Walaupun tumisnya sedikit manis, tetapi ok ok bagi aku. Daging bakar pun lembut je. Tak cukup sepinggan untuk aku. *lapailio

Nasi Pak Man tu nasi kukus la kan. Kuah gulai itu terbaikkk..takde la pedas sangat sebab Danish boleh je telan. Banyak gak dia makan. Dayyan lak pertama kali makan roti tik tak tu. Sekali hadap dia sorang boleh habiskan semua. Nampak sangat dia suka.

Alhamdulillah. Jujurnya, menu yang aku pesan kena dengan selera anak tekak aku. InsyaAllah, lain kali kena repeat lagi untuk menu lain pula. Semasa di sini, aku perasan ramai juga pelanggan bukan Melayu yang menjamu selera di sini. Kiranya menu-menu di sini menu 1 Malaysia la kan..hehe..

Oh ye, jangan lupa check-in di sosial media korang sekiranya menjamu selera di sini. Semasa bayar di kaunter, tunjuk kepada cashier dan korang akan dapat 10% diskaun. Yey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

11 thoughts on “Nasi Pak Man Kota Damansara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam