October 12, 2024

Apa Itu Financing Profile?

Ape benda financing profile ni??

Basically financing profile ni ialah profil kewangan (translated english to malay 😜) yang mana segala tok nenek berkaitan pendapatan dan perbelanjaan di himpunkan dalam 1 file.. haaa gini lah..

Financing Profile

Semua orang dah ada ke file ni?? Dan yang paling penting, apa yang perlu ada dalam fail kita ni?

1. Maklumat Peribadi

(Ala-ala macam resume tu)Dalam ni kita himpunkan segala maklumat kita macam alamat tempat tinggal, alamat surat menyurat, alamat tempat kerja, contact number, emergency contact number, lenght of service, etc etc etc yang berkaitan..

2. Salinan IC

Bella suka buat lebih, dalam 5 copies macam tu lah.. bukan apa, ada je kadang tu nak guna (Dan dalam Personal File pun bella sediakan lebih copy of IC ni..)

3. Surat Tawaran Kerja & Surat Pengesahan Jawatan

Ni penting sebab ramai yang lupa letak mana.. haaaa.. bella akan letak yang updated sahaja, yang previous one letak kat sebelah belakang file..

4. Payslip Gaji – minima 3bulan (bella simpan 12bulan)

Walaupun ada softcopy punya dan boleh access at anytime, bella lebih suka hardcopy sebab senang nak semak samada nombor nya betul atau tidak.. tambahan yang masih menggunakan Carbon Copy Payslip.. haruslah buat beberapa salinan dulu sebelum number faded..

5. Bonus Slip/ increament Slip

Ni pun simpan for atleast 2 years.. bukan apa, kadang kita lupa berapa RM bonus tahunan kita.. dan ini juga membantu untuk penambahan pendapatan kita ok!

7. Surat tawaran pembiayaan/pinjaman yang sedia ada & Penyata tahunan termasuk penyata kad kredit

Ni mesti ramai yang dapat surat tawaran lepas tu ntah mana di letakkan?? So better letak dalam financing profile kita.. atleast kita yang sentiasa lupa ni boleh lah jengah dan kenang kembali hutang2 kita..

8. EPF statement (Tahunan)

Tak ramai yang monitor potongan EPF masing2.. tapi semenjak ada bermacam “i” yang di lancarkan oleh EPF ni, ada yang terkejut sebab ada majikan yang tak telus dan tak amanah.. dalam payslip ada pemotongan tapi dalam EPF takde caruman.. masakkk! Ini lah penting nya kita buat semakan penyata EPF kita.. tak perlu pun print setiap bulan tapi sekurangnya kita monitor dan cek.. inil dah termasuk dalam tanggungjawab kita..

9. Penyata Bank dan Simpanan (ASB/TH/FD etc etc)

Penyata bank ni boleh jadi bank yang mana duit gaji kita masuk dan satu lagi bank yang mana kita letak simpanan kita.. dalam file biasanya bella akan letak latest 6bulan.. dan akan di keluarkan letak dalam file bank statement kalau dah update baru.. bagi penyata ASB/TH/FD boleh simpan penyata tahunan yang terkini..

10. Borang BE/B & Resit Bayaran

Ni sangat lah penting ok, tambah lagi bagi yang bekerja sendiri.. so kena simpan dalam file ni atleast 2 tahun terkini.. dan jangan lupa kena kepilkan sekali resit bayaran untuk menunjukkan yang kita dah selesaikan bayaran cukai tahunan kita ok..

11. Lain-lain pendapatan

Ni kalau ada buat part time atau ada pendapatan tambahan macam sewa, grab, foodpanda or whatever.. ini untuk support kita punya cukai pendapatan sebab amount dia akan berbeza dengan gaji tahunan kita yang ada dalam official payslip.. Bagi yang bekerja sendiri, file profil nya lebih kuraang je cuma kena masukkan pendapatan daripada perniagaan kita..

12. Pendaftaran Perniagaan

SSM yang masih lagi sah atau lesen perniagaan yang masih lagi sah.. kalau boleh, summary kan jenis perniagaan yang kita usahakan..

13. Penyata Bank – Akaun Syarikat

6bulan – 12 bulan terkini.. bila dah ada update boleh pindahkan yang lama dalam file peribadi syarikat/perniagaan

14. Penyata Untung Rugi / Akaun Pengurusan

Banyak syarikat enterprise pandang enteng benda ni sebab bagi mereka akaun enterprise adalah akaun peribadi.. ni pandangan yang sangat salah.. so bagi syarikat enterprise yang memang ada P&L ni boleh lah letak dalam Financing profile ni bagi menyokong sumber pendapatan yang kita declare pada lembaga.

Ok, untuk hari ni cukup 14 item dulu.. esok2 kita tambah lagi ok!

Who’s with me??

Semoga bermanfaat..Chop! Chop! Siapa yang dah ada file???You’re Wowsome!!

Love, Bella Leana

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *