March 29, 2024

Perlu Ke Pakai Mask Dalam Kereta?

Pemakaian mask tanpa ada gejala di dalam kereta sepanjang PKP COVID-19 adalah tidak tepat malah satu pembaziran. Simpan mask tersebut dan gunakan bila perlu.

Pakar Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee, berkata setiap individu harus memainkan peranan membantu menyimpan bekalan topeng itu untuk kegunaan pekerja kesihatan yang lebih memerlukan dengan hanya membeli peralatan itu jika perlu.

“Hanya pakai topeng penutup hidung dan mulut jika anda tidak sihat dan terpaksa keluar ke tempat awam bagi meminimumkan risiko kepada individu lain tetapi jika anda boleh hanya duduk di rumah, itu lebih baik.

“Selain itu, saya rasa tiada keperluan untuk orang awam yang sihat untuk menggunakan topeng penutup hidung dan mulut kecuali jika mereka menjaga ahli keluarga yang tidak sihat di rumah.

“Seeloknya bekalan topeng penutup hidung dan mulut itu diperuntukkan kepada pekerja kesihatan yang lebih memerlukan, …bagi mereka yang sihat, cuba jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter atau hindari tempat yang ramai orang.

Namun, ini hanyalah saranan disebabkan bekalan facemask tidak mencukupi. Bagi situasi optimum dimana facemask mencukupi, lebih baik semua orang memakai facemask terutama di tempat-tempat berisiko tinggi untuk terkena jangkitan.

Sekiranya korang ditahan polis kerana tidak memakai facemask, cakap baik-baik. “DG KKM kata tidak perlu jika tiada gejala.” Jika mereka arahkan juga, sila patuhi.

Kita tidak mahu pergaduhan. Masing-masing ada tanggungjawab. Beralah tidak bererti kita salah. 

Diharapkan agar selepas ini akan ada satu kata sepakat antara polis dan KKM.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Perlu Ke Pakai Mask Dalam Kereta?

Leave a Reply to Elin @ Bizznurse Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *