March 29, 2024

Sambut Hari Lahir Isteri di Fullhouse Signature

Kalau boleh, setiap tahun aku ingin menyambut hari lahir isteri di tempat yang berbeza. Biar pun bukan di tempat mewah tetapi saat bersama pada hari itu pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Aku yakin suami lain pun menhadapi masalah yang sama seperti aku iaitu untuk memilih tempat sambut hari lahir isteri kan? haha.. jika tahun lepas aku telah memilih Restoran Atmosphere 360 KL Tower untuk birthday lunch, tahun ini aku pilih Fullhouse Sunway Pyramid untuk makan malam bersama.

Oh ye, bersama tu bukan hanya kami berdua, tetapi bersama hero-hero kami yang dua orang itu juga!

FULLHOUSE SUNWAY PYRAMID

Kami tak reserve table apa pun. Just walk-in. Ini pun kiranya last minutes plan. Sebabnya, tiga empat kali aku tanya isteri ada tak teringin nak makan malam kat mana-mana tak pada hari jadi dia, tapi tiada jawapan.

Aku sangkakan dia merajuk sebab aku tak dapat ambil cuti pada hari jadi beliau. Bukan disengajakan sebab aku ada meeting penting pada hari tersebut:-)

NACHOS
Pembuka selera- nachos

Hiasan dalaman Fullhouse Sunway Pyramid ni berkonsepkan warna putih. Nampak putih suci je kan. Masa kami sampai, hanya satu meja je yang ada pelanggan. Biasanya penuh pada hari minggu.

Aku pilih meja untuk kami berempat di satu sudut. Aku suka keadaan sebegini, tidak terlalu crowded. Tenang je rasa. Nak melayan dan berborak dengan anak isteri pun lebih selesa.

Aktiviti wajib. Sebelum mula makan, ambil gambar potret satu famili. Dayyan & Danish teruja gila dengan hiasan softtoys tu.

Ada pelbagai menu barat & timur yang disediakan di sini. Seperti biasa, untuk makan malam ni, aku kurang makan nasi. Bukan diet, kalau di restoran sebegini, aku lebih gemarkan menu masakan Barat terutama burger.

Memandangkan aku tak beli kek hari jadi dari tempat lain, aku order moist cake di Fullhouse ini sahaja. Ingatkan kek biasa-biasa sahaja, tapi unik gak persembahan kek ni..hehe..at least aku nampak kegembiraan di wajah isteri..hehehe

Kebahagiaan isteri akan memurahkan lagi rezeki seorang suami. Setuju?

Petikan daripada surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi

“Dan gaulilah isterimu dengan baik, lalu jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu. 

Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Sambut Hari Lahir Isteri di Fullhouse Signature

  1. Alhamdullilah..

    tahniah dan syukur dengan nikmat rezeki yang Allah bagi..

    meraihkan hari jadi isteri antara tindakan suami yang penyayang…

    terbaiklah

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *