March 28, 2024

Jom terbang dari Kuala Lumpur ke Bangkok! Ini Cara Jimat Untuk Ke Sana.

Bila sebut Bangkok, Thailand apa yang terbayang di minda korang? Semestinya budaya, hiburan dan makanan yang unik dan pelbagaikan? Ditambah dengan kecantikkan pantainya dengan aktiviti pantai yang sangat rancak.

Ok, menarik sangat tetapi ramai di antara kita serba salah ataupun takut nak melawat negara gajah putih ni sebab takut tak cukup bajet, sebab kena naik kapal terbangkan?

Korang jangan risau sebelum aku cerita macam mana nak jimat dan enjoy di Bangkok meh, kita check perkara dan tempat menarik sekitar Bangkok yang korang boleh lawati.

Jimat & Enjoy di Bangkok.

Korang sedia maklum, Thailand merupakan kawasan perlancongan yang popular untuk dilawati. Bangkok tetap meriah tak kira siang atau malam. Destinasi yang paling popular bila datang ke Bangkok adalah Wat Pho yang menempatkan patung ‘Reclining Buddha’ yang tinggi dan lebar.

Temple of Reclining Buddha
Wat Pho- Temple of Reclining Buddha

Patung ini diselaputi dengan lapisan emas secara keseluruhannya. Di sini juga korang boleh cuba urutan tradisional Thailand yang famous sambal melegakan keletihan kaki lepas meneroka tempat ni.

Selain itu, korang yang berminat dengan sejarah boleh melawat Grand Palace yang merupakan istana raja-raja terdahulu dan tempat pentadbiran Thailand. Tempat ni besar, luasnya 214000 meter persegi dan cantik tau.

Jadi pastikan korang pakai kasut yang selesa dan sesuai.

Manakala, korang yang suka membeli belah boleh ke Chatuchak Market. Dekat sini ada 8000 gerai untuk korang yang sangat suka cuci mata dan shopping bolehlah singgah sini. Mesti bawak peta tau sebab nak elak sesat. Harga barangan kat sini lebih murah dan tak cekik darah hanya sebab kita ni pelancong. Dekat sini korang kena hati-hati bila berjalan-jalan dan berjaga-jaga dengan penyeluk saku tau.

Selain Chatuchak Market korang boleh juga ke Sungai Chao Phraya. Bangkok dikenali sebagai ‘Venice Timur’ kerana disini terdapat ramai orang menjual diatas sampan. Korang juga boleh menikmati keindahan Bangkok sepanjang sungai tersebut.

Then, bila dah puas tengok tempat menarik di Bangkok, Thailand dah puas shopping barang idaman korang dengan harga menarik tu, korang boleh try makanan jalanan di Bangkok. Bangkok merupakan syurga makanan untuk pencinta makanan tau. Nikmat sangat bila boleh cuba pelbagai makanan dengan harga yang murah.

Terbang Dari Kuala Lumpur Ke Bangkok
Kredit: Lonely Planet – Street Food Bangkok

Korang yang tak pernah makan somtam boleh try makan sebab somtam ni adalah kerabu manga yang mempunyai ciri masakan Thai. Malah, di sini terdapat pelbagai makanan yang diubah suai dan sedap seperti banana pancake, homemade aiskrim yang turut viral di Malaysia dan macam-macam lagi.

Kalau korang peminat makanan serangga boleh la singgah di pasar malam mereka. Terdapat pelbagai makanan eksotik dan serangga goreng. Amacam, ada bran ke nak cuba?. Haha.

So, macam mana?

Rasa teruja tak nak ke Bangkok?

Korang rasa mahal ke kos nak ke Bangkok ni?

Sampai bila lah Bangkok tu nak duduk dalam waiting list of your bucket list. Berapa lama lagi guys?

Korang risau sangat pasal tambang pergi dan balik. Takut dah pergi, dah puas shopping..ehhh, stuck pulak sebab duit tak cukup nak balik?.

Cara Jimat Ke Bangkok.

Korang jangan risau, korang search je Traveloka, korang pilih tab ‘flight’ lepastu masukkan detail departure korang dan tarikh, selepas tu jangan lupa tekan butang ‘search’. Haaa, lepas tu keluarlah list harga flight dari yang paling murah hingga yang paling mahal. Jadi pilih la ikut korang punya bajet dan jadual.

Kalau korang risau terpakai duit tambang balik seeloknya korang beli tiket siap-siap untuk perjalanan pergi balik, jadi tak payah la headache sangat.

Kalau nak lagi murah  korang book la awal-awal jadi dapat harga flight lebih murah lagi lah jimat. Korang rasa ok ke tak ok? On ke tak on?.

Korang takkan menyesal punya sebab harga yang ditawarkan setimpal dengan apa yang korang bayar dan pengalaman berjalan ke negara orang. Ahh jangan risau, Traveloka kan ada siap harga proo dan termurah lagi tu. Jadi jom la fly Kuala Lumpur to Bangkok sekarang!

Traveloka kan adaa.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

22 thoughts on “Jom terbang dari Kuala Lumpur ke Bangkok! Ini Cara Jimat Untuk Ke Sana.

  1. memang dah lama sangat nak g bangkok, tapi bile dengar mak saya punye cerita pasal bangkok jadi lemah semangat nak kesana

    biasalah sume tempat pun ade yang best, ade yang tak best

    tapi tetap aim nak kesana gak 1 hari nanti

  2. Alahai rindunya Bangkok. Makanan sedap. Teringin nak bawa suami dan anak-anak. Tapi tak berdaya lagi nak asingkan jadual. Yelah sebab busy sangat. Kalau boleh nak pi sana enjoy holiday tanpa tengok henfon. Huhuhu

  3. Have yet to visit Bangkok even though it is so convenient and inexpensive. One day I will go there when I have found a good deal on Traveloka!

  4. I always love to travel to Bangkok. Affordable and nice place to visit. Full with nice food . Definitely will visit twice a year.

  5. Bagus traveloka ni..bukan sajia provide list hotel murah kt kita…flight murah pun depa providenkan…
    Thumbs up traveloka…
    Btw i pun xpernah smp lagi bangkok

  6. Tak pernah sampai ke Bangkok lagi..wah bagus la boleh jimat dengan booking flight kat traveloka. Nak kena terjah ni..leh jd birthday trip next month 🙂

  7. Kalau berjalan seorang diri memang tak rasa sangat kan tuan. Kalau berjalan bersama keluarga memang soal tiket penerbangan ni banyak beri kesan pada bajet

  8. Menarik pergi jalan jalan di thailand kan. Negara gajah putih yang banyak makanan sedap.

    kalau pergi sana memang tak sah tak jamu tom yam. Negara asal mesti piau

  9. Belum pernah jejak bumi Bangkok. Ramai cakap best jengjalan sana. Tingin one day nanti hope dapat gak ke sana. Intai² Traveloka nampak menarik harganya tuuu. Hehee

  10. Yess bangkok memang tempat yg akan dituju satu hari nanti!! Been to thailand for few times to Hatyai, Krabi, Phuket. Dan bangkok memang my next wishlist! Boleh la try the traveloka bila nak mencari ticket nanti ✌🏽

  11. Somtam tu tak pernah rasa.. tapi kalau kerabu pernah lah rasa.. huhu .. apa-apa pun masakan thai memang sedappp.. Oh.. gini cara nak jimat ke bangkok ye.. guna app Traveloka.. betul2.. setuju.. hanya di hujung jari setting semua..

  12. Kalau kat Thailand pernah sampai Haatyai dan Phuket sahaja. Tak pernah nak lajak ke Bangkok lagi sebab drive dari Malaysia. Kalau nak lajak ke Bangkok kena naik flight sebab jauh tu nak drive. Traveloka ni ternyata boleh menjimatkan la kalau kita nak rancang percutian ke Bangkok pulak.

  13. Sis beberapa kali dh ke Bangkok..memang best le sana. Cuma skrg ni bangkok dh jauh beza, dh moden sgt..dulu bersepah gerai2 n kedai2 tepi jalan tapi la ni dh tak byk..diaorg siapkn tempat khas utk kedai2 mcm tu. Brg pun dh start mahal tp x lah semahal kat kl. Makanan mmg heaven kat sana

Leave a Reply to Ayu Rafikah mohd Amin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *