March 28, 2024

Tips Terbaik Kawal Tingkah Laku Anak Kecil Semasa Hari Raya

Aku ada terbaca kisah teguran selebriti masakan yang agak lantang bersuara tentang ‘Ilmu Kehidupan’ apabila tiba hari raya. Lantaran, ramai ibu bapa terasa dan sentap dengan teguran daripada Chef Wan. Bagi aku, tak perlu sentap pun sebab teguran Chef Wan ada benarnya. Realiti.

Mungkin yang masih belum berada dalam situasi segitu, tidak akan faham. Aku yang dua-dua anak lelaki dalam fasa ‘melasak’ insyaAllah memahami apa yang cuba disampaikan oleh Chef Wan. In fact, sebelum ada Dayyan & Danish pun aku dah faham bagaimana lasaknya anak-anak yang berada dalam fasa pembesaran semasa menjaga anak-anak makcik aku.

Jadi, ada benda yang aku setuju dan ada benda yang aku kurang bersetuju dengan kenyataan beliau.

Aku tak tahu details situasi yang dialami oleh Chef Wan hinggakan dia ‘mengamuk’.

Aku share situasi aku dan dua orang lelaki aku dengan usia 2 tahun & 4 tahun. Diorang punya energi, bangun jam 6.30 pagi, bergerak aktif (main, lari etc) hinggalah jam 4 petang. Akan bertambah aktif sekiranya ada geng atau kawan-kawan seusia lain.

Tetapi, aku tak pernah rasa nak tinggalkan diorang di rumah semasa berkunjung atau menziarahi rumah saudara-mara / rakan-rakan di hari raya. Anak-anak adalah rezeki ibu bapa. Rugilah aku tinggalkan ‘rezeki’ aku di rumah semasa aku bergumbira di hari raya.

Risau diorang melasak di rumah orang lain?

Ya, jujurnya, setiap kali hendak berkunjung ke rumah orang, aku risau dan ligat berfikir cara yang terbaik untuk aku overcome sekiranya anak-anak buat hal. Jika boleh, aku tak nak marah-marah anak-anak di depan orang lain. MARAH adalah jalan terakhir.

Pertama kali aku bawa Dayyan ke masjid, aku pun risau sama ada dia behave atau overexcited/overreact bila berada di masjid. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dengan DOA.

Aku rasa isu kelakuan anak-anak semasa berhari-raya ini takdelah terlalu serius seperti isu Qatar yang disisihkan oleh negara Arab lain. Setuju tak kalau aku katakan, dua sikap kat bawah ini, kalau dijaga, insyaAllah Chef Wan dah takde modal nak update media sosial beliau.

Sikap Ibu Bapa

Aku faham apa yang tuan rumah rasa sekiranya anak tetamu (even saudara darah daging sekali pun!) dok berlari ke sana ke mari sambil genggam biskut raya, then hancurkan pastu tabur atas permaidani yang baru je beli seminggu sebelum raya. Kemudian, anak tetamu tersebut ambil segelas air oren, then tertumpah atas sofa, pastu dok main main air oren dengan ais itu. Ibu & Ayah anak tersebut nampak tetapi ‘watdekkk’ je. Haa kalau situasi sebegini, manusia marhein mana yang tak menyirap di hari raya.

Bukahkah lebih ‘cool’ sekiranya dari awal anak tersebut dok genggam biskut raya tu sebelum pecah, maknya dah ready untuk bertindak sekiranya biskut raya itu pecah dan hancur. Sila kutip dengan rendah diri.

Dah tahu anak tu kecil lagi, tak terasa ‘gayat’ ke kalau anak dok pegang air manis dekat dengan sofa, then tertumpah?

Bukankah lebih ‘cool’ sekiranya mak atau pak nya dari awal lagi, stop kejap berborak then tolong suapkan air oren tu kejap. Budak tu mesti dahaga selepan melantak biskut raya 10 keping.

Sikap Anak

Tipulah sebagai ibu dan ayah tetapi tak faham sikap dan kelakuan (attitude & behaviour) anak.

Aku pasti, ibu dan ayah lebih mengenali sikap dan kelakuan anak mereka. Cara anak-anak makan biskut raya, cara anak-anak minum air dalam gelas kaca / plastik, cara anak-anak berkawan, mood anak-anak semasa sesi berhari raya, anak-anak dah penat macam mana etc..

Ini semua perlu difahami dan ibu bapa perlu bertindak mengikut situasi semasa anak-anak mereka.

Faham kan?

Lagi molek, awal-awal usia lagi, anak-anak dididik dan didisiplinkan dengan cara yang betul semasa berada di tempat orang. “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” kan.

Tingkah Laku Anak Kecil Semasa Hari Raya

Tips Terbaik Kawal Tingkah Laku Anak Kecil Semasa Hari Raya

Series nak tahu tips ini? Ini pendapat aku, tidak semestinya korang selesa dengan cara sebegini.

Ibu/Ayah sendiri perlu bergerak lebih aktif daripada anak-anak. Bukan mulut/suara sahaja yang perlu aktif dan nyaring melarang itu dan ini malahan tubuh badan mereka juga perlu memainkan peranan penting memintas dan melarang perbuatan ‘kurang sopan’ anak-anak mereka. Tak syoklah kalau bising kat anak-anak, tetapi punggung tu masih berada di atas kerusi sambil muka dok hadap biskut raya.

Ini tips yang aku dan isteri lakukan semasa berhari raya. Aku dan isteri sentiasa berada dalam keadaan standby dan take turn untuk bertindak. Janganlah biarkan isteri ko seorang sahaja pula sahaja yang tengokkan anak-anak.

Kalau tidak isteri aku, pasti aku yang berpeluh sakan mengejar dan memintas si Danish (Dayyan lebih senang dikawal buat masa sekarang) daripada dia dok berlari sambil pegang biskut raya atau pun gelas air oren. Ayat copywriting nak kena manis untuk menenangkan adik Danish. Maklumlah, budak jantan berusia nak masuk 2 tahun, dia punya aktif ya Rabbi..

Kalau aku terpaksa mencubit, aku akan cubit anak-anak aku.

Kalau aku terpaksa mendukungnya (berat gilerr ok), aku akan dukung dan make him calm.

Kalau terpaksa marah, aku akan marah (pilihan terakhir). Peduli la orang cakap aku ni seorang ayah yang garang, asalkan aku dapat mengawal dan mendidik anak-anak aku tentang kesopanan dan kesusilaan di rumah orang…

Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.

Letakkan diri masing-masing di tempat tuan rumah.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Tips Terbaik Kawal Tingkah Laku Anak Kecil Semasa Hari Raya

  1. Memang kena didik anak-anak supaya menjaga perilaku di rumah orang. Kalau di rumah sendiri boleh kemaskan mainan selepas main, macam tu juga di rumah orang. Yang penting disiplin

  2. Anak Mazni pun dua dua lelaki

    Usia 3 dan 5 tahun

    Sebiji macam tuan kata tu

    Kena ada kerjasama suami isteri dan koordinasi anak anak beraya

    Tak boleh harapkan isteri seorang saja

  3. Itu perkara normal…
    Anak-anak kecil nak membesar terutamanya anak-anak lelaki memang aktif…
    Kita sebagai ibu bapa perlu mengawal tingkah laku mereka dengan bijak…

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *