March 29, 2024

Paradise Saigon Boutique Hotel, Ho Chi Minh City, 5 minit berjalan ke Ben Thanh Market.

Antara aktiviti tahunan yang sentiasa dinanti oleh semua staf di tempat aku mencari rezeki- Team Building. Bukan sebab pengisiannya, tapi masa inilah boleh travel ke luar negara secara percuma, ditanggung sepenuhnya, siap dapat duit poket.

Semua staff layak dapat benda ni. Takde beza.

Ini merupakan salah satu insentif kepada staff, setelah setahun berpelat-lelah dalam memajukan kompeni, tu belum kira penat-lelah tahan diri dengan kerenah bosses..hahaha..kalau sebelum ni ke Perth, Australia, Bangkok, Thailand etc, tahun ini kita ke Ho Chi Minh City, Vietnam!

welcome drink
Minum air free luhhh selepas penat berjalan. Check in jam 5 ptg ok!

Trip Vietnam kali ni adalah 4 hari 3 malam. Penginapan kami di Paradise Saigon Boutique Hotel, sangat dekattt dengan tempat popular, terutama kepada pelancong dari Malaysia, Ben Thanh Market! Tapi takde la dekat sangat, kena jalan kaki lebih kurang 5 minit. Suhu sekitar Ho Chi Minh City ni boleh tahan panas, boleh mencecah 39 darjah Celcius, tapi boleh tahan berangin.

Paradise Saigon Boutique Hotel

paradise saigon hotel

Rate di Hotel Boutique Paradise Saigon. Boleh tahan. Masa aku pergi ni, exchange currency aku adalah RM183 untuk VND 1,000,000. Kami diberi bilik Deluxe dengan katil Double untuk dua orang.

paradise hotel

Bilik aku dengan seorang project engineer muda. Lebih suka geng dengan orang muda, sebab aku pun boleh tumpang rasa muda..hahah..Sangat selesa bagi aku sebab sebelum ni, datang kerja kat sini pun dapat bilik yang sangat biasa-biasa..hahaha..bersih & selesa.

saigon hotel

Bilik air yang selesa dan luas, bagi orang bujang..hehe..takde bath tub, hanya shower. Mandi je pun. Nak best, pergi 1st level, kat situ boleh guna voucher percuma untuk jacuzzi, spa dan massage..hehehe.

paradise saigon hotel 2

Flat TV melekat kat dinding. Bolehlah layan Fox Movie, nak layan local channel kan, tak faham lak. Ala, tak kisahlah, lagi pun, tengok TV pun sebelum nak tidur je. Siang siang keluar tengok keunikan Vietnam kan.

makanan hotel

Kat bawah TV tu nampak macam messy giler kan. Sebenarnya, kat situ ada complimentary drink & fruit. FOC. Selain daripada tu, ada pelbagai barang jualan lain. Ambil, bayar sendiri. Harga semestinya lagi tinggi. Jadi, kalau teringin sangat, better turun bawah, gi K-Mart (convenience store) berdekatan, lagi berbaloi harganya. Durex pun ada tu.

buffet breakfast hotel

Setiap bilik diberi buffet breakfast voucher untuk sarapan di Buffet Restaurant, Level 11. Well, since hotel ni bukan shariah compliance, menu-menu harus diteliti. Jangan melantak tanpa melihat nama menu. Tapi syukurlah, at least dah jimat duit untuk sarapan pagi..hehehe..

buffet breakfast

Salad dan kopi-o. Cukuplah sekadar alas perut sebelum meneruskan aktiviti seharian.

Untuk korang yang ada bajet lebih, recommended stay kat sini. Sangat selesa & masih berbaloi kot. Pasal makanan HALAL, jangan risau, kalau ragu-ragu nak makan di restoren hotel, sangat banyak restoran HALAL berdekatan hotel ni. Ikut bajet masing-masinglah kan. Kalau tanya, kalau aku datang bawa famili, mungkin aku akan stay di sini. Tapi kalau aku datang backpacking/berdua dengan wife aku, mungkin aku akan stay di hotel yang lebih murah dan 2 minit berjalan, dah sampai Ben Thanh Market..hehehe.

Alamat Paradise Saigon Boutique Hotel:

288 Le Thanh Ton St., Ben Thanh Ward, District 1, Ho Chi Minh City,

Email: info@paradisesaigonhotel.com

Tel: (84-08) 3823.5555 – Fax: (84-08) 3827.5886

Check-in: From 14:00 hours

Check-out: Until 12:00 hour

Website: PARADISE SAIGON HOTEL

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Paradise Saigon Boutique Hotel, Ho Chi Minh City, 5 minit berjalan ke Ben Thanh Market.

  1. Pingback: Restoran Makanan Halal Di Ho Chi Minh City, Vietnam |
  2. Pingback: Aktiviti Menarik Di Cu Chi Tunnels, Vietnam. |
  3. Pingback: Aktiviti Menarik Di Mekong Delta, Vietnam |
  4. around 300 lebih la juga kan kalau utk bilik deluxe single tu…btw, cantik hotel. mahal pun tapi kalau fasiliti cantik dan layanan bagus, tak ada masalah.

  5. Terima kasih di atas perkongsian info.. boleh mark tempat ni.. manalah tahu ada rezeki bawa keluarga bercuti ke sana…

Leave a Reply to izwa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *