April 19, 2024

Miami Grill Sunway Pyramid

Miami Grill Sunway Pyramid

Cerita minggu lepas berpeluang mencuba menu menarik di Miami Grill Sunway Pyramid.

Memang berhajat nak ‘open table’ untuk dua orang ‘remaja’ ofis aku yang banyak gak la tolong aku dalam misi-misi setelkan projek aku. Bukan takat tu je, tolong cover aku dalam hal-hal lain pun banyak gak, maklumlah Project Team aku bertemakan “We work like a family.”..hahaha

 

Port paling dekat adalah Sunway Pyramid. Sedia maklum, ‘rush hour’ di sekitar Bandar Sunway memang #jilake . Aku pun tak tahu kenapa, terutamanya selepas hujan. Memang aku maki hamun sapa yang buat design Bandar Sunway + civil/project engineer yang construct jaringan jalan kat sini..hahaha..tempat makan pilihan di Sunway Pyramid kali ni – Miami Grill.

 

Aku tahu pasal Miami Grill Sunway Pyramid ni pun sebab pernah nampak bro @ememprada & Halim Brothers update di Instragram. Nampak sedap. Lagi pun kena support, sebab katanya restoran Miami Grill ni kepunyaan ‘orang kita’. Boleh makan tanpa rasa was-was.

 

Menu utama di Miami Grill, semestinya burger. Ada pelbagai spesis burger dan sides yang boleh korang pilih. Hanya perlu tepuk perut, tanya nafsu makan.

Apa yang menarik di Miami Grill Sunway Pyramid?

 

Set Big Miami Burger

Series, rambang perut nak makan burger yang mana satu. Ada ala-carte atau set. Aku amik set Big Miami Burger sebab tertarik dengan salami kat bahagian tengah tu. Boleh tahan besar portion set burger ni, datang bersama fries dan boleh pilih air feveret korang. Aku pilih Iced Lemon Tea sebab bottomless, maknanya boleh refill sampai kembung.

 

Set Rodeo Burger.

Ni si lonjong Kayrol yang order. Aku suka style penyediaan patty kat sini. Ada dua keping dan tak terlalu tebal untuk setiap keping. Sos Barbeque lak meleleh tak hingat dunia.

 

Set Nacho Burger.

Yang ni, si pakar autocad ofis, Hadzrey yang order. Aku rasa, dia pon main order jer, sebab dah konpius nak order apa. Meleleh-leleh ‘cecair kuning’ tu. Last-last kitorang yang kena habiskan sebab dia tak reti makan banyak. Untung bawa dia makan, awal-awal amik luh portion dia sebab memang takkan habis punyalah.

 

Menarik gak bekas funfries tu kan. Boleh terus masuk dalam minyak untuk goreng funfries kot. So far, masih boleh berpuas hati dengan servis dan kualiti menu yang kitorang order. Cuma, kalau dapat diberi pilihan ‘How its done – RARE/MEDIUM/WELL DONE’ untuk patty burger tu mesti lagi syok.

 

Ada rezeki, boleh datang ke sini lagi. Rasanya memang akan kena datang sebab konfem my wife akan ajak ke sini lepas habis berpantang. Katanya, salah satu tip murah rezeki ialah belanja isteri.

Burpppp….

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Miami Grill Sunway Pyramid

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *