April 18, 2024

SERAI THAI- Restoran Thai, Shah Alam

SERAI THAI- Restoran Thai, Shah Alam

 

Di bulan Ramadhan ni, agak-agak Puan Isteri penat nak memasak, biasanya dia akan Google tempat-tempat makan sedap berdekatan dengan ofis kami. Memandangkan dalam fasa terakhir mengandung ni, dia lebih sukakan masakan pedas, restoran masakan Thai menjadi subjek utama. Hasilnya, minggu lepas, cadangan dia untuk kami berbuka di Restoran SERAI THAI yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam. Belakang bangunan MAIS tu je. Oh ye, SERAI ni tak sama dengan SERAI yang biasa aku nampak kat shopping mall lain ye.

 

Sajian utama semestinya masakan Siam kan. Ada tomyam, kerabu, green curry, dan macam-macam lagilah. Untuk trip kali ni, aku serahkan kepada Puan Isteri untuk order menu berbuka puasa kami. Menariknya, order menu melalui ‘call’ sahaja. Tak perlu nak datang awal untuk book meja/menu. Dan makanan akan dihidangkan lebih kurang 20minit sebelum waktu berbuka.

Ruang makan ada di atas & bawah. Tapi masa aku pergi ni, hanya bahagian bawah sahaja dibuka. Mungkin reservation cukup untuk di bawah sahaja. Susunan meja tak terlalu padat, berhawa dingin dan tahap kebersihan memang terbaik.

 

Kurma disediakan secara percuma. Tapi jeruk betik dan kekacang&cikedis tu kena bayar tau. Aku pun baru tahu masa nak bayar bil..haha..RM6 tu semua tak termasuk service charge(5%) dan GST 6%..nasib baik aku telan habis..haha..

 

Tomyam Seafood (S) untuk dua orang makan. Portion memang boleh aku katakan banyak untuk dua orang. Seafood kat dalam pun banyak. Rasa ok walaupun aku harapkannya lebih pedas seperti yang pernah aku makan di Khrua Thai. Barulah berpeluh. So far not bad, RM15 untuk semangkuk ni.

 

Ni memang feveret aku kalau datang restoran thai. Chicken Green Curry. Pun tak sepedas seperti di Absolute Thai. Bezanya kat sini, portion dia lebih banyak dengan harga RM15.. Ok la kan, kalau pedas-pedas sangat, cam tak elok gak untuk berbuka puasa.

 

Siapa pernah makan Kerabu Sotong ala siam? Ni pengalaman pertama aku. Kerabu kaki ayam dah biasa. Kerabu sotong atau salad sotong ni pun sedap gak. Nampak cam simple je kan, tapi rasa memang superb…masam-masam gitu. RM12 untuk set kecil ni.

 

Nampak kailan ikan masin tu. Sebenarnya dah cancel menu tu sebab ganti dengan kerabu sotong. Tapi diorg terhantar gak. Aku ok je. Ada sayur hijau sket dalam hidangan kali ni. Suka lak aku dengan ikan masin dalam tu, tak terlalu masin. Ngam-ngam dengan lidah aku masa berbuka ni. Tengok-tengok balik, macam banyak je menu yang kami order.

Slow-slow makan, mesti boleh habiskan. Dengan syarat, tak bertambah nasi.

 

Memang recommended untuk berbuka di sini. Tapi make sure reserve awal-awal. Masa kami ke sini pun memang full house. Servis memang boleh dipuji. Kualiti dan kuantiti pun terbaik. Memang akan repeat lagi ni.

Alamat Serai Thai Shah Alam:

No.5, Jalan Sena 3/13A, 40000 Shah Alam.

No Tel: 03-5510 5729 / 03-5512 3944

Website: seraithai.com.my

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “SERAI THAI- Restoran Thai, Shah Alam

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *