March 29, 2024

Seorang ‘salesman’

Siapa itu ‘SALESMAN‘?

a man whose job involves selling or promoting commercial products, either in a store or visiting locations to get orders.

Makna ‘Salesman’ bila aku guna Google definition. Dalam bahasa ibunda, jurujual atau seseorang yang terlibat dalam mempromosi dan menjual produk, sama ada di premis atau bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Jadi, siapa sebenarnya ‘SALESMAN‘ ni?

Sesiapa sahaja.. asalkan dia ada produk, fizikal/digital, dan menjual.

Jujurnya, dulu aku tak suka ‘SALESMAN’ ni. Terutama yang dok sibuk ikut aku di shopping mall. Tak kira awek atau balak. Rimas ok asyik mengekor je nak jual perfume la, nak jual produk ubat kurus la (apa gemuk sangat ke gua bro?)

Umum tahu, sebelum-sebelum ni, majoriti ‘SALESMAN’ yang baik adalah dari kaum Cina. Memang aku respek cara diorang. Dari segi ayat power, dari segi teknikal & komersial, dari sekecil-kecil produk ke juta-jutanya produk, diorang memang aku kagum.

Kini sesiapa sahaja boleh ‘SALESMAN’ yang terbaik.

Semalam, semasa ke AEON Bukit Tinggi untuk persiapan raya anak, aku disapa oleh seorang brada dari satu bootht yang terletak di ruang legar Ground Floor. Aku jeling, produknya adalah sejenis krim, sesuai untuk kulit kusam, boleh sapu kat stretch mark untuk isteri mengandung etc. Dibagi salam aku jawab. Dihulur brochure aku cuba menolak. Dia tak berputus asa. Cuba bermain kata. Aku sambut brochure tu. Then, terus disapu krim, kata ‘sikit je bang’..aku biarkan. Then dia mula perbualan. Anak berapa? Kerja mana? Dok mana? Mesra. Aku layan je, nak tak nak. Setel sapu krim, dia tunjuk perbezaan, sebelum dan selepas. Memang ada beza dari mata kasar aku.

Aku fikir sejenak. Macam ada guna gak krim ni. Sebab lately, tapak kaki aku agak kering&merekah. Lagi pun, isteri pun boleh guna sama. Tanya harga. Satu botol RM20, amik satu kotak (RM60) ada 3 botol. Ok, aku hulur not RM20 untuk sebotol. Dia senyum. Dia tanya lagi, “Abang ada dua puluh ringgit, meh sini“. Ada. Aku hulur not RM20 tu. “Ni rezeki abang bulan puasa ni. Saya bagi sekotak ni dengan harga RM40 je. Ambik bang. Semoga bermanfaat untuk abang.”

..tanpa sempat aku jawab. Dia hulurkan sekotak krim tu, ada 3 botol yang bernilai RM20.

Bijak bro..tapi takpe, saya beli ye..”

Aku setuju amik sebab aku save RM20. Sebab lain, aku kagum dengan cara dia mempromosi dan menjual. Susun kata lancar, cara dia jawab setiap persoalan aku juga aku suka.

Semoga brada tersebut terus berjaya dengan cara  & strategi dia.

Itu bukan produk dia, tapi dia mampu menjual dengan baik, secara fizikal. Kalaulah dia tahu ada produk (bukan produk sendiri) di Internet yang mampu memberi pulangan lumayan, insyaAllah dia akan berjaya.

Bukan untuk brada tu saja, untuk korang yang ingin mencabar diri menjadi seorang ‘SALESMAN’ di alam maya, boleh dapatkan JALANnya DI SINI.

Note: Bakal ‘SALESMAN‘ di Internet, selamat mencabar diri!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Seorang ‘salesman’

  1. macam aku ke kedai barang dengan pakai selipar dan seluar pelikat je.. salesman pandai ambik hati, banyak barang aku beli.. hehehehe

Leave a Reply to KiD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *