April 24, 2024

Kejutan di Bubba Gump

Kesinambungan kisah 3 jam bersama Dayyan..

Terkejut mmy, bila tengok anak terunanya lengkap dengan set baju baru. Apa ingat ddy tak reti nak ‘dress up’ anak teruna? hahaha..Kenangan terindah ok. Tapi aku terfikir gak bila Puan  Izwa komen, agak-agak kalau aku kena babysit dua orang anak kecil berseorangan, macam mana la jadinya kan? Lagi 2,3 bulan mungkin terjawab persoalan itu.

 

Selepas pick up Puan Nunu, terus ke e@Curve. Hal utama yang perlu diselesai, hantar dekoder/remote ASTRO. Yeah, kami dah terminate sebelum yang lepas sebab bengang dengan servis ASTRO yang tak berkadar langsung dengan penambahan harga bulanan. Baik aku pakai Unifi + Android Box..setel semua masalah entertainment di rumah..Dah setel tu, baru ke Bubba Gump e@Curve. Lama tak singgah ke sini. Last sekali datang, sebelum Ayyan wujud lagi. Tak pasti lak masa tu dah ada dalam perut atau tak.

 

Kali ni, aku pilih seat kat dalam. Ambil ‘table’ yang senang nak kontrol Ayyan. Sebelum order, krew Bubba Gump hadiahkan Ayyan ‘coloring book‘ sambil dok melayan dak kecik ni.

 

Sambil layan Ayyan, sambil pilih order. Kids eat for FREE. So, untuk Ayyan, aku pilihkan Fish and Chips, didatangkan bersama fries dan juga dessert.

 

Set untuk kids ni tak banyak mana pun, tapi still Ayyan tak habiskan gak. Nasib baik free je..haha..Memang menjadi santapan mmy&ddy la nak habiskan. Tak baik membazir ok dan ddy memang ta suka membazir. Nanti pintu rezeki jadi sempit.

Sambil tunggu main order sampai, sambil borak-borak ngan Ayyan & Puan Nunu, dok kunyah onin rings ni. Feveret dari dulu! Bawang goreng celup tepung je kan..hehehe

 

Texas Cajun Chicken Burger untuk aku! Takde nafsu nak makan beef/lamb, so kita try yang ni la. Act. ni burger ayam je, cuma kepingan isi ayam yang dipanggang dengan sos istimewa yang buatkan nama dia jadi lain..hahah..

 

Chicken Quasedillas pilihan ibu mengandung. Aku ingatkan set appetizer, sekali dua orang makan pun tak habis. Last-lat tapaw buat makan brekpes pagi esok..haha..dalam tu ada isi ayam dan juga dua tiga bahan lain. Veggie kot. Lebih kurang menu style Mexico rupanya.

 

Famili kecil aku. InsyaAllah bulan puasa ni bertambah lagi sorang.

 

Alhamdulillah, Ayyan amat memahami hobi ddy-makan! Selalu teman ddy makan, gaya pun dah lebih kurang sama kan..hahaha

 

Berebut makan anak-beranak tu perkara biasa la kan..hehe..

Syoknya kat Bubba Gump e@Curve ni, crew yang in charge table kitorang memang sporting habis. Siap main chak-chak ngan Ayyan. Servis memang patut aku puji, kalau kena bayar 10% servis cas pun aku tak bising sangat. Lagi best, 10% servis charge tu takde, yang ada hanya tambahan GST 6% !

 

Aiskrim yogurt pengganti birthday cake untuk Ayyan! Kek tak elok sangat, aiskrim yogurt ni lagi sedap, lagi menyihatkan kan! hahaha

Happi birthday Ayyan! Ingat, be a good ok! Kalau noti-noti, memang ddy babap. Masa untuk noti&manja hampir tamat. Adik Ayyan dah book masa itu..hahaha..

Jom layan video Ayyan malu-malu kucing bila brada-brada krew Bubba Gump nyanyikan dia Birthday Song. Kejutan buat Ayyan, atau dia mungkin lagi terkejut sebab yang perform tu semuanya ‘balak’, takde awek??Perhatikan sorang brada tu dok jadikan perut memba dia sebijik drum!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Kejutan di Bubba Gump

Leave a Reply to huda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *