Aku agak tertanya, kenapa wanita yang sedang mengandung digalakkan meminum air kelapa muda, dan apa khasiat/kelebihannya? Since Puan Nunu sudah pun berada di trimester ke-3, dan memang mengamalkan minum air kelapa muda, tergerak hati nak share kelebihan & khasiat yang aku korek daripada beberapa sumber.
Kata orang-orang tua yang sememangnya berpengalaman, ibu-ibu mengandung yang mengamalkan minum air kelapa muda, air ketuban akan lebih bersih dan bayi yang dilahirkan juga akan bersih dan sihat kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.
Betul ke?
Tahukah anda, dalam 100 ml air kelapa muda mengandungi mineral berikut;
- Potasium: 291
- Sodium: 42
- Klorin: 75
- Kalsium: 44
- Magnesium: 10
- Sulfur: 58
- Phosphorus: 9.20
- Iron (mg/100 gr): 6
- Copper: 26
Tahukah anda, air kelapa muda bersifat disteril secara semulajadi dan mempunya unsur elektrolit yang tinggi?
Tahukah anda, amalan meminum air kelapa muda dapat membantu memperbaiki tekanan darah dan juga fungsi jantung?
Antara manfaat air kelapa muda bagi ibu-ibu yang sedang hamil;
1. Minuman Isotonik Alami
Minuman Isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Since air kelapa muda kaya dengan mineral seperti di atas, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
2. Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh.
Asam laurat yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.
3. Membantu mencegah sembelit dan sistem pencernaan.
Semasa kehamilan, hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan & membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu yang sedang hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Mencegah dan mengatasi keluhan “heartburn”
Keluhan heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering dialami oleh ibu hamil. Rasa seperti terbakar dan panas di dada ini tentu sangat mengganggu. Sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simpton heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.
5. Mencegah kejang/krem kaki.
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil dinasihatkan mengambil 4.7mg kalium. Dalam setiap 330 mg air kelapa muda, mengandungi 670mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
6. Membantu mengurangkan ‘morning sickness’
Antara khasiat air kelapa, mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.
7. Penawar Racun
Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric ini juga terkandung dalam susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiku diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
8. Meningkatkan HDL.
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda ini mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.
9. Dengan proses bersalin.
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.
Ibu hamil digalakkan meminum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda ini boleh diminum begitu sahaja, ataupun dicampur dengan gula atau kunyit. Isi kelapa muda juga amat berkhasiat untuk ibu dan juga bayi di dalam kandungan.
Selamat beramal!
sya mau tanya ni ma ibu”… syA bru nikh 5bln yg lalu .. k’betulan saat ini istri saya hami
l muda… apakh boleh minum klapa muda jg.. d anjurkn kah? mohon k’msukn’y y ibu”…
wah ternyata air kelapa banyak sekali manfaatnya
InsyaAllah.. Amin..
tq, hubby sebab slalu blikan kite air kelapa.. 🙂
air kelapa memang dikenali sebagai banyak khasiatnya.. bro pun boleh minum.. hehehee