March 29, 2024

Murah Rezeki: Sushi Salmon + Sushi Unagi

Alhamdulillah, murah rezeki aku sempena Hari Deepavali hari ni.

Pagi-pagi lagi, time on the way ke Restoran Subaidah Kota Damansara, terserempak ngan makcik aku kat trafik light. Dia angkat tangan, aku kasik hi-beam. Seminit pastu dapat call dari dia, ajak makan kat satu warung Kelate kat area-area KD5. Nasi kerabu ngan daging bakar panas-panas memang sesuai di hari cuti ini.

Untuk lunch lak, dapat invi daripada makcik aku seorang lagi a.k.a kakak sulung kepada ayah aku di rumahnya di KD5. Home made nasi briyani! Makcik aku yang ni, kalau masak, memang tak sah kalau tak tambah dua tiga kali, nak cakap betapa sedapnya dia masak oh. Cik Nunu pon melantak bukan main lagi. Boleh mencabar kemampuan aku gak dia ni.:-p

Oleh sebab pagi dah amik breakfast berat, lunch pon amik yang berat gak, so untuk dinner, kena amik yang ringan-ringan dah le kan.

Sushi boleh dikira dinner ringan-ringan tak?

 

Salmon dan unagi, memang top feveret sushi aku so far. Masih menunggu-nunggu masa yang sesuai untuk berentak melantak sushi dengan one of GTB member, Cik Lily Putih! Bila lagi ni cik???:-p

 

Aku pernah dengar ada yang cakap, salmon ni banyak khasiatnya, terutama untuk kecerdasan minda. Iye ke idak, aku tak pasti. Ada sesapa leh bagi pengesahan tak?

* semoga rezeki aku terus murah hingga ke akhir hayat..amin…:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Murah Rezeki: Sushi Salmon + Sushi Unagi

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *