March 29, 2024

SHOGUN Japanese Buffet

Nafsu manusia pon terbatas gak kan. Hari-hari asik berbuka puasa pekena nasi kerabu kat bazar ramadan, tetiap minggu pekena buffet kambing golek pon bosan gak. Hari-hari desert murtabak, roti john dan karipap pon cam tak best gak kan. Eh, aku cakap pasal aku je ok, tidak tertakluk kepada semua masyarakat 1Malaysia. Mungkin ada jenis yang hari-hari pekena nasi tomato kat bazar ramadan Kelana Jaya pon tak kisah. Mana tahu kan…

Jadi, kemarin, elok je masuk sampai kat ofis, belum sempat login fesbuk tapi tak menang-menang RM100, aku sms kat cik Nunu selaku PA tak bergaji aku. ” Jom Shogun berbuka petang ni“ringkas tapi padat..dia reply, ” Petang ni? Lunch hour ke? You tak pose ek? “..

Aku reply, ” Takpelah, I ajak Neelofa…“ringkas tapi silap-silap leh kena babab nih..tak sampai sesaat dia reply lak ” Ok, I dah call, book seat utk berbuka petang ni kat Shogun 1 Utama….“….hahahaha…

Here we come, Shogun 1 Utama@  2nd floor 1 Utama, Bandar Utama.

Sushi Island..aku amik yang aku tak mampu amik kat sushi king je. hahaha. tapi kan, aku sangat berwaspada ngan sos teriyaki. So unagi teriyaki memang aku tak amik, dikhuatiri mengandungi mirin.

Seafood BBQ. Sotong ngan isi ketam je aku bantai lebih.

First batch sushi aku. Salmon oh salmon. Rasa sangat meriah dengan kehadiran salmon, meguro, unagi, ebiko dan sebagainya. alhamdulillah, perut aku dapat menerima mereka seadanya pada malam itu.Take 5 dengan takoyaki! aku masak sendiri nih..hahahah..tahu tak pebenda nih? ala kat Jusco ada jual kalo tak silap aku.Kalau nampak spesis kaler yang ada kaler pink, tak lain tak bukan. si Teddypinkygurl le..kalut tol ngan kaler pin, sampaikan juadah berbuka pon nak kaler pink gak. aisey..2nd batch sushi selaku hidangan seterusnya untuk aku. Orang jepun cakap, sushi ni cam ‘ichiguchi‘, sesuap semulut seketul, apa la sangat kalau setakat 2nd batch nih kan. salmon tetap salmon. Tengok sushi ni, teringat aku ngan Cik Lily Putih. Leh menjadi pencabar aku dalam acara melantak sushi sampai pitam.Rest sebentar lak dengan menu ‘tempura udang menindih gersang si macaroni cute sambil diperhati ikan goreng si dory‘ ..panjang tol tajuk juadah ni kan..entah la, chef mana la yang reka nama juadah nih.Sashimi..aku try susun isi salmon ni macam dalam gambar menu. Tapi harem..lain macam lak jadinya.

Tapi series, cara aku makan sashimi semalam sangat menggiurkan bila aku dok ingat-ingat masa draft entri nih. Fresh & hirisan yang mantap dowh..slurppp…

Masa ni aku rasa cam dah tak larat kot. Sebab batch-batch sushi seterunya ada lagi 2,3 batch. Dah macam membeli jin jepun lak aku rasa. Lek luhh ngan shari fin. fuh terbaik..orang kata baik untuk persediaan orang nak berkahwin, even lagi setahun dua nak kawen kot..kahkahkah..ok ok, aku tipu..ada sesapa tahu khasiat shark fin soup???Desert aku. Amacam, ada bran??Tengok mata, stim dol!!!

Dah dah..penat dah aku nak upload gambar. takkan sesatu nak kena aku up kan. dah meleleh air liur aku dok menahan rasa nih. Baru kol 9 pagi ni weih!!!!.

See..rare tak rare nya PA aku nih, makan sushi pakai garfu jer. Ada chopstick gi campak bawah table jer..hahaha..Stylo la babe!

JMR||23 Ramadan 1432

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “SHOGUN Japanese Buffet

  1. Salmon? takoyaki? meguro? unagi? ebiko?

    Apa yg ko repekkan ni labuuuuuuu??
    hahahaha..1 menda pun mak tatau kecuali desert ABC dan icecream. kampung sungguh haku! Muahahahaa…

  2. terbaik n baik la org yg blnje tu.. tpi 1 je yg xpuas ati ni.. apsal gmbe cik yg kt ats ni comot sgt ni..?? ish3..

  3. hoihhh jmr, tak citer pon baper rm per head nieh?? huwaaaaaaa nak nangis tengok kesedapan dia… nak gi lah.. sebab kalau gi sushi king.. nak amik pon tgk kaler plate..takut mahal.. tupon sekali makan, konpom lebih dari rm50 dua orang..

Leave a Reply to jamarbahar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *