Aku masih wondering sampai hari ini, apakah nama sebenar Nek Bat nih(sila rujuk gambar di bawah untuk susuk tubuh subjek sebenarnya)? Nenek Batman? Nenek Batimah?..takde jawapan? Abaikan ajer…
Semalam puasa yang ke 27 tapi baru berkesempatan berbuka di rumah famili di Besut, Terengganu. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 10jam dari KL-Besut, leh aku jadikan alasan untuk membongkang dari pagi sampai ke petang. Bangun je, eh-eh dah masuk waktu pergi bazar ramadan nih.
Akibat masih mamai, bazar ramadan yang paling dekat dengan rumah je yang larat pegi. 10minit pusing-pusing pon masih taktahu nak beli apa, yelah kan ummi aku kat umah dah siap masak sedap-sedap. Takkan aku nak beli lauk juadah berbuka lak kan. Sapa yang nak makan lak kan??
Masuk minit ke-11, aku terpandang Nek Bat ni kat satu gerai nih. Teringat kat Bro Eyriqazz yang dok mencari nek bat nih. Agak-agak dah jumpa ngan nek bat ke belum ek bro? Kalau belum, takpe bro, aku dah makankan untuk bro sekali semalam..kihkih..
Apa itu nekbat? Pening aku nak terangkan kt Cik Nunu rupa bentuk Nek bat nih. Nasib baik sempat snap gambar semalam..Owh patutla, sepanjang puasa tahun ni, aku taknah jumpa nek bat dijual di bazar ramadan yang sempat aku terjahi..kalau tak, kompom dia tak peningg bila aku cakap pasal nek bat nih…
mcm kuih bahulu letak gula hehehe
Owh..nenek brendam upenye..hehe..:-P
nenek berendam pon nak intai ke???
Alaaaa..bgtau je cik nunu tu. Rupanya bentuknya mcm bahulu then diperap dlm air gula. Hehehe..
dah bagitau camtu le..hikhi