April 20, 2024

Tips1 : Berfotografi untuk pengguna DSLR amatur.

Pasti ramai yang tertanya, kenapa tips untuk amatur? Kenapa tidak untuk pro. Jawapan dia, sebabnya aku bukan pro dan sekadar part time untuk snap-snap foto mengikut mode semasa. Ok. Skang ni, ramai di kalangan kita even budak2 di bangku sekolah lagi yang dah mampu milik DSLR yang besar-besar gedabak. Mungkin ada yang membeli sebab terikut-ikut dengan trend zaman skang, mungkin juga terpengaruh dengan kawan-kawan. Dalam range 10, mungkin 2orang je yang betul-betul tau nak guna DSLR semaksimum mungkin, yang baki nya hanya tau tekan shutter tanpa menggunakan semaksimum mungkin function button kt DSLR tu. (utk info, beza DSLR ngan compact camera adalah fungsi DSLR adalah lebih detail, tapi kalo takat nak snap guna AUTO, better guna compact kowt…)

Secara teorinya, perlu tahu setiap fungsi yang ada kt DSLR. Mana nak dapat info ni? Mestilah pada manual yang ada masa mula-mula beli DSLR tu. Ingat, tak sumer DSLR mempunyai fungsi yang sama untuk semua jenama. NIKON lain, CANON lain, SONY lain tao. Kalo bley, hafal setiap simbol, dan juga fungsi-fungsi yang ada kat DSLR kamo itu.

Secara praktikal plak, dah namanya kamo guna DSLR, toksah la amik gambar hanya guna fungsi AUTO. Membazir je pakai DSLR gitu. Biasakan diri ngan menggunakan fungsi MANUAL (M). Mula-mula, pasti ramai yang fail bermain ngan fungsi MANUAL. Gambar blur la, tak sharp la, overexposed la(lebih cahaya), takpon gelap sangat. Untuk latihan, leh ajer guna DLSR tanpa menggunakan speedlight(flash) tapi pastikan kamo berada di luar, atau dengan kata lain, cukup cahaya untuk dapat foto yang terbaik.Contohnya, snap la gambar anak-anak kecik kat padang pada waktu petang. Biasakan diri dengan setting ISO, fokus, Depth of Field, shutter speed dan juga aperture. Apa kejadahnya sumer itu? Research dan try apply dalam training kamo nanti ye. Practice makes perfect kan? Snap la sebanyak mana yang nak, sampailah berpuas hati dengan hasil pada masa itu.

Tips 20sen dari JMR. Dah ramai yang dok tny pasal tips nak amik gmbr, dan ramai yang bertanya camne nak amik gmbar cantik kan(cantik ke??)..so aku start la sesi bertips ni dengan entry ni ye. Yang dah pro tu, takyah la jebik bibir ye, ni untuk adik-adik yang baru beli DSLR semalam ye. Ni gak la yang aku buat masa mula-mula beli DSLR pertama aku, buhsan memang buhsan, tapi tunjuk ajar sifuku yang menghasilkan gambar-gambar skang nih. Ingat, jangan terikut-ikut dengan gaya fotografi orang lain. Be urself!

Learn to… be what you are, and learn to resign with a good grace all that you are not.
~Henri Frederic Amie
pengguna DSLR

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tips1 : Berfotografi untuk pengguna DSLR amatur.

  1. wahhh…bagus tips ni…
    nory gune DSLR, tapi tu lah.. memanjangg je gune auto…
    org pakai kamera gedabak, nak jugak pakai kamera gedabak..
    last2 bukan reti gune pon…kuikuikui…

Leave a Reply to Nory Zoulkefle Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *