November 25, 2025

Pengalaman Guna Medical Card

Ini bilik single di Columbia Asia Hospital.

Harga bilik single ni RM220/semalam. Medical card anak-anak aku limit RM200 sahaja, so aku bayar sendiri ekstra 20 tu. Tak kisah topup sikit asalkan aku dan anak selesa.


Sebenarnya yang paling nak selesa bila anak-anak sakit adalah kita yang nak menjaga ni. Nak rehat, nak baring, nak buang air, nak mandi, nak solat semua senang. Kita dah stress, so kita taknak tambah stress lagi dengan benda-benda serta hiruk pikuk sekeliling.


Kita nak bertenang agar dapat jaga anak dengan baik.


Semalam aku tidur nyenyak atas katil dengan baby. Malas tidur sorang atas sofa tu, sejuk oihh. Katil agak besar, ngam untuk kami berdua.


Lepas subuh tadi terus buat kerja dengan selesa. Meja luas, wifi pun laju. Tenang tanpa gangguan dan hiruk pikuk bunyi manusia lain.


Anak aku pun dah makin baik. Dah mula makan dah pagi tadi.


Korang, kalau mampu, ambillah medical card untuk anak-anak. Waktu-waktu macam ni, bersyukur sangat sebab ada medical card. Mudah dapat rawatan yang cepat dan selesa.


Korang carilah kawan-kawan yang mana buat takaful tu dan tanyalah detail pasal medical card ni. Ada plan yang mahal dan ada yang murah dan mampu milik. Pilih yang mana sesuai dengan keperluan dan bajet korang.


Setiap plan medical card ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Setiap syarikat takaful pun plan medical card semuanya berbeza.


So, tanyalah pada ejen yang korang kenal (JMR- 0172101282).


Ohhh, kalau korang skeptik, korang was-was, atau terpengaruh pasal banyak cerita buruk viral pasal medical card atau insurans ni korang kena dengar cerita dua belah pihak lah.


Cerita viral semua tu bukanlah majoriti mewakili semua syarikat takaful atau pemegang polisi atau pemilik medical card.

Aku sebagai pemilik medical card sejak sekian lama dan sepanjang aku guna medical card ni belum ada isu apa pun. Ramai kawan aku yang lain ada medical card dari pelbagai syarikat takaful pun takde isu.


Kalau ada isu tu maka kau percayalah, mesti ada sebab tertentu.
Jadi, sebelum ambil medical card, tanya betul-betul pada ejen tu.


Ejen pun, kau ceritalah betul-betul, cerita details, cerita pasal coverage, waiting period, deposit hospital, deductible, co-takaful, benda yang tak cover, payment/contribution, lapsed, inforce, guarantee letter, process, sop dan sebagainya biar client betul-betul faham.


So takdelah nanti timbul pelbagai isu.


Apa pun, hospital kerajaan masih yang terbaik dari segi fasiliti dan kepakaran dan juga rawatan. Cuma, manusia ramai yakmat di hospital kerajaan.


Yang mampu, ambillah medical card dan pergi ke hospital swasta bila sakit.


Kita bantu kurangkan kesesakan di hospital kerajaan.


Cc: Khairul Abdullah

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *