March 29, 2024

Tips Menabung | Tanpa Sedar, Tabung Bunian Berjaya Kumpul RM470.

Tabung Bunian Berjaya Kumpul RM470.

Antara normal rutin aku setiap hujung tahun adalah mengira koleksi duit tabungan sepanjang tahun. Dari 1 Januari hingga ke 31 Disember setiap tahun, duit lebihan perbelanjaan setiap hari akan dimasukkan ke beberapa tabung yang berasingan mengikut nilai not/syiling dan tujuan tertentu. Biasanya, tabung not RM5 atau lebih besar mengambil masa yang pendek untuk dikira jumlah tabungan (in fact, selalu je kira jumlah terkini tabungan nilai wang sebegini kan??). Untuk mengira koleksi aku syiling aku sepanjang tahun 2016, aku mengambil masa kira-kira 2 jam. Kali ini aku teruja dengan jumlah yang berjaya aku simpan di ‘Tabung Bunian‘ sepanjang tahun 2016.

Kenapa Tabung Bunian?

Pertama kali aku terjumpa perkataan ‘Tabung Bunian’ ialah di entri blog Rakan Blogger, Eyriqazz- Tips Menabung|Tabung Bunian, lebih lima tahun yang lepas. Tapi Tabung Bunian aku ni lain sikit. Memang aku pun tak perasan kewujudan jumlah ini sehinggalah selepas mengira syiling di dalam tabung, satu per satu. Ya, lebihan syiling yang terdapat di dalam poket/kocek seluar akan disimpan di dalam tabung syiling pada setiap hari.

tabung bunian

Menariknya, tabung syiling aku ini aku tempatkan di beberapa lokasi seperti di meja pejabat aku, di dalam bilik tidur dan di meja laptop aku di rumah. Sekiranya tabung ini penuh, aku akan kumpulkan syiling ini di dalam satu tin/tabung yang lebih besar di lokasi yang sukar dilihat. Selama setahun, serius aku cakap, tak ingat pun pasal tabung ini. Dan tak sangka pun, koleksi syiling sedikit demi sedikit di atas meja aku di ofis akan membantu keberhasilan konsep Tabung Bunian yang aku amalkan ini setiap tahun. Selepas dikira jumlah 10sen + 20sen + 50sen, hasil yang berjaya aku kumpulkan sepanjang tahun 2016 adalah sebanyak RM472.20..mungkin tak banyak bagi korang, tapi bagi aku, satu kepuasan!

Tips Menabung Tabung Bunian.
  1. Cari tabung/tempat simpan duit.
  2. Set target tempoh menyimpan atau tujuan tertentu
  3. Mula menyimpan dan disiplinkan diri.

Tabung Bunian ini akan lebih menarik sekiranya nilai yang disimpan lebih besar seperti not RM5 atau RM20. Tetapi ramai yang memberi alasan tak cukup duit atau terdesak nak guna duit. Pendek kata, tiada disiplin dalam menyimpan. Jadi, ini antara cara menabung paling senang dan ringkas untuk melatih korang dengan disiplin menyimpan setiap hari.

Takkan lebihan 20sen pun korang terdesak nak guna juga kan? Tiada alasan lagi. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kan?

Selamat menabung sepanjang tahun 2017!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Tips Menabung | Tanpa Sedar, Tabung Bunian Berjaya Kumpul RM470.

  1. Tabung syiling gini pun aku ade buat gak… blk kejer mmg trus seluk poket simpan dlm tabung tu… Tak pernah kira pun… bila time perayaan aku bwk smue tu g bankin kat bank… dpt la cover duit raya bagi bebudak… hehhee

  2. Itulah kuasa istiqamah. Walaupun dalam nilai yang sedikit, lama-lama akan menjadikan nilai yang besar.

    Tapi yang ramai yang tak perasan, sebenarnya tabiat menabung ni mendidik sifat kesabaran dan disiplin yang tinggi.

  3. Tahniah…
    Banyak jugak tu..
    Menabung dalam nilai yang kecil, kemudian terus istiqamah…
    In Shaa Allah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

  4. SA memang ada tabung syiling dan tabung duit RM5..la ni tak tau bape la jumlah dalam tabung tu..target nak bukak hujung tahun nanti…SA start menabung pertengahan tahun lepas…hehehe…asal ada RM5 je terus cepat2 simpan dalam tabung

Leave a Reply to NuNu EeRa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *