Selepas kecoh dengan viral si Teman Lelaki romantik sewakan Limousin untuk surprisekan si Teman Wanita, diganti pula dengan viral si Imam Muda dengan status Facebook berkaitan dengan Anti-vaksin VS Vaksin.
Isu Anti-vaksin VS Vaksin ni sebenarnya dah lama. Masa aku bujang lagi, membawa ke anak dah dua. Aku malas nak ambil pusing. Yang penting, fikir masa depan anak-anak. Lagi satu, kita ada saluran yang betul untuk mempercayaai tentang sesuatu isu terutama yang berkaitan halal haram dan baik buruk sesuatu perkara.
Mungkin golongan anti-vaksin mempunyai prinsip tersendiri, atau mungkin juga masih belum faham sepenuhnya sebab utama pengambilan vaksin bagi anak kecil adalah sangat PERLU.
Aku ‘compile‘ kan di sini beberapa sebab dan pandangan daripada beberapa individu yang berlainan latar belakang.
Kepentingan Vaksin kepada Anak Kecil daripada pandangan seorang MUFTI. [LINK: ANTIVAKSIN BERDOSA]
Kepentingan Vaksin kepada Anak Kecil daripada pandangan seorang pelajar Bioteknologi.
Kepentingan Vaksin kepada Anak Kecil daripada pandangan seorang PERDANA MENTERI [Baca Komen DS Najib Razak].
Kepentingan Vaksin kepada Anak Kecil daripada SUDUT PANDANGAN NERACA FIQH &MAQASID SYARIAH. [LINK]
——————————————————————–
Cukuplah setakat ini pandangan yang boleh aku kongsikan. Sila ke link-link yang dah aku kongsikan untuk lebih details. Kalau ada lagi, nanti aku update ye.
Faham ke faham ni Kepentingan Vaksin kepada Anak Kecil. Sebelum bertindak, fikir-fikirkan masa depan anak-anak sebab yang terkena kesan anti-vaksin ialah kepada anak, bukan kepada mak pak. Kenapa sebelum ini mak ayah kita boleh bawa kita ke klinik untuk dapatkan vaksinisasi, tetapi tidak kita lakukan perkara sama kepada anak-anak kita?
Bagaimana Vaksin Berfungsi?
Tak habis lagi isu ni dibahaskan oleh netizen kan…
baca je la..malas nak komen bab vaksin tak vaksin nie. Yang penting anak kami semua bervaksin bukan sebab orang lain tapi sebab untuk kebaikan anak je.
saya pun baru share berkenaan difteria. kena berikan kesedaran, saya pun malas nak campur sebenarnya sbb isu takkan selesai. tapi kena usahakan juga berikan informasi
betul tu kak..semoga usaha2 sebegini akan beri kesedaran kepada mereka2 yg masih belum sedar kan heheheh
Rajin bro membaca dan mencari info tentang Vaksin ni…. Terima kasih di atas perkongsian info…
ada masa lapang sket sblm tidur semalam..hehe..