December 14, 2024

Semangat Lee Chong Wei, Semangat 1 Malaysia

3 Ogos 2012 || e@Curve…

Salah satu sikap rakyat Malaysia yang aku suka pada satu-satu musim ialah bila ada player atau atlit Malaysia yang mampu melangkah lebih jauh dalam tournament/kejohananan. Tak kira, Melayu, Cina, India mahupun kaum-kaum minoriti lain, mesti bersatu, berdoa, dan bertepuk tangan dengan harapan semoga atlit tersebut menang, lagi puas hati apabila berjaya menjuarai sesuatu kejohanan.

 

Salah satu pemandangan di salah satu restoran di kawasan e@Curve. Ketiika ni, Lee Chong Wei sedang bertarung dengan Chen Long pada peringkat separuh akhir, Olimpik London 2012. Aku yang sedang berjalan laju pun sempat berhenti seketika, menjeling pada point terkini..good! LCW sedang mendahului..

 

Since aku balik dari ofis agak lambat dan memang plan nak berbuka di luar, so terpaksa la berbuka ala kadar di rumah, dan bergegas keluar selepas Maghrib. Alang-alang dah tahu Lee Chong Wei sedang berjuang ni, tetiba timbul kesedaran sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memberi sokongan yang tak berbelah bagi. Nasib baik Tony Romas e@Curve ada sediakan siaran langsung..seat yang aku dapat pon memang strategik..

 

Sambil amik order, sambil borak ngan bini, sambil bersorak setiap kali Lee Chong Wei dapat point tambahan. Lagi best, bukan aku sorang je tau, satu Tony Romas bersorak dan menjerit..dah macam kat mapley pon ada gak..gitulah suasananya apabila player kita bermain dengan cemerlang…

Bagaimana pula sokongan kita bila player Malaysia awal-awal lagi dah kena cicir…? Takpon bermain semata-mata untuk berebut tempat tanpa medal emas, perak atau gangsa?……………..

Sokonglah atlit kita walaupun di mana mereka berada!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Semangat Lee Chong Wei, Semangat 1 Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *