March 29, 2024

Madam Lim’s Kitchen

Tempat makan tidak rasmi aku&cik Nunu bila ada kije/event/shopping/lepak di area Dcurve, Mutiara Damansara. Aku suka sebab tempat dia luas, tenang & takde nak kena tunggu lama-lama bila amik order. In fact, kemarin, time waiter Bangla dia nak amik order, tapi tarak faham cakap Melayu/English, mungkin baru lagi kot. Aku cakap 2,3 tiga patah pon dia still tak faham, memang aku tak dpt nak bagi mukanya. Aku jeling supervisor dia skali imbas, terus dia sendiri yg datang amik order, terpinga-pinga mat Bangla tu kena reject gitu jer. Sori la beb, aku jenis tak sabar bab2 orang tak gheti bahasa ni..hahaha..so, tindakan supervisor dia tu memang bijak lak. Eh, ke sebab muka aku garang sangat ek?:-p..yolah kot, penat2 balik kije, kena tunggu cik Nunu setelkan keje dia kt KD, abes satu Dcurve aku pusing tao..hukhuk..
Kalo time lapar, mesti muka jadi gini. Tapi cam chumel gak kan..hahahah..gilo!
Mee tomyam kat sini pon cam best je kan. Tapi bukan aku yang order. Cik Nunu yang punyer, dan dia sorang yang abeskan. Aku takde mood nak pow food dia arinih. Dan hasilnya, memang tak abeslah mee tomyam tu..muahahah..dan esoknya dia sakit peyut akibat kepedasan yang melampau. So, utk korang yang tak tahan pedas, tak digalakkan order mee tomyam ni kat sini. Selamat gue…:-p
Fail lah kalo buat review pasal food nih. Patotlah takde sesapa nak bagi aku food advertorial, gambar blur rupanya! Kam Heong Sotong memang sedap. Series aku tak tipu. Pekena lak ngan nasi goreng Siam pepanas, memang ternganga mulut ko manjang. Pedas + panas = PENAS la jawabnya! Not bad la food kat Madam Lim’s Kitchen ni. Memang kena ngan selera aku gak kot. Menu biasa aku order adalah Nasi Goreng Siam. Aku suka style dia goreng woo..makan benda sama pon, memang aku tak kisah..senang je nak jaga JMR ni..masak nasi goreng pon jadik, janji sedap. Dengar tu orang di sana????
[picture23]
hahaa..toksah dok refresh la. Menang aku tak letak gambar pon kat atas ni. Korang bayangkan sendiri la ek, Nasi goreng Siam aku tu. Lupa nak snap, elok je sampai, terus aku ngap2..hahaha..lapor beb…
Sebenarnya, aku buat entri ni, tujuan utama bukannya nak cakap pasal makanan kat Madam Lim’s Kitchen nih. Tetiba je nak tanya korang, eh korang ni ditujukan kepada si lelaki/ BF ek. Pernah suap mamam gf korang kan depan2 orang, i meant time makan kat kedai le. Series, aku jarang, setahun sekali je kot. Tapi kalo datang angin giler, baru aku buat. Tapi lepas suap, kompom tengok keliling..hahaha..kot2 ada orang tengok, segan…hahahahah…patot atau tak patot?…hikhik….malu i…..~

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Madam Lim’s Kitchen

  1. errr kalau suap bini atau laki makan, bagi aku no hal..tapi kalau setakat nak suap bf atau gf yang belum konfirm jadi laki atau bini tu, errrr geli wey…

    pehlis laa jangan….

  2. xsalah sekali sekala melahirkan rasa romantik & kasih sayang…biler dah diamalkan selalu…confirm dah kurang rasa segan tapi bahagia yang menimpa2 yang menyelubungi…ehehehehe…tp bila dh kwen kena amalkan selalu taw..pengerat ksh syg…

    bro sama mcm my hubby la..sng jaga & suka mkn nc goreng..ehehehe

  3. selalu mkn kt branch kt tesco setia alam.

    portion makanan dia banyak…kalau pi dgn parents mesti derang tak abes makan..

  4. owhh pernah…
    skang pun pernah lagi…
    haku kena suap 3 mulut sekaligus…hehehe…
    somi, anak dan anak…

    masa bujang tu, nengok pe jenis makanan la…hahaha…

Leave a Reply to NUNU EERA Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *