March 29, 2024

Pendidikan Awal Anak

Fakta.

15 juta orang yahudi boleh mengusai dunia berbanding 1.6 billion ummat Islam di seluruh dunia?

Kenapa?

Mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka.Education is the first bussines!

Terkejut? Mungkin ramai ‘orang kita’ yang dah tahu tentang ni dan mungkin ramai lagi yang belum tahu realitinya. Ramai juga yang masih sibuk mencari kemewahan dunia sehingga alpa dan terlupa tanggungjawab kepada amanah Allah demi memastikan mereka mendapat pendidikan yang sebenarnya.

Aku sendiri risau dengan situasi ini. Dalam mengejar harta dunia, bimbang dengan kualiti sebagai bapa yang patut aku beri pada ‘harta nan satu’ yang diamanahkan oleh-Nya.

Tak mahu menjadi ‘ibu bapa normal’ – hantar anak ke tadika-sekolah rendah-sekolah menengah-universiti-grad-kerja dan dianggap berjaya. Mungkin si anak berjaya dengan duniawi tapi tidak dengan akhirati.

Setiap malam, aku tenung putera hati aku seorang ni. Tidur dengan raut wajah yang tenang, tiada masalah dunia yang perlu difikirkan. Suci bersih hatinya. Bimbang seorang ayah, bimbang untuk lepaskannya mengharungi cabaran hidup di luar. Terlalu banyak gejala sosial yang yang aku belum pasti dia mampu mengharungi. Cuma DOA sahaja harapan aku supaya dia berjaya mengharungi liku-liku kehidupan dunia.

Dayyan Harith, daddy doakan yang terbaik untuk anak manja daddy ni, semoga menjadi anak yang baik. Kerana selepas matinya seorang anak Adam, hanya 3 perkara sahaja yang ditinggalkannya yang akan membahagiakannya di alam sana..

1. Amal jariah dan sedekah olehnya

2. Ilmu yang bermanfaat.

3. Anak-anak SOLEH yang selalu mendoakannya.

InsyaAllah..anak soleh berhak dimiliki oleh setiap ibu bapa dengan doa dan usaha. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Walaupun anak aku baru berusia 6bulan, bagi aku pendidikan awal anak-anak adalah usaha yang terbaik. Dengan bantuan [Ebook RAHSIA ANAK SOLEH] insyaAllah akan membantu aku lagi dalam mendidik anak-anak aku menjadi seorang yang soleh dan solehah.

Harus diingat, pendidikan awal anak kita bermula daripada rumah/ibu bapa, bukannya pada guru-guru di tadika/sekolah.

Untuk ibu bapa yang series dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang terbaik, aku cadangkan Ebook INI sebagai ilmu tambahan..!:-) Sharing is caring…

Note: Anak-anak sering bertanyakan soalan yang pelik-pelik. Itu Normal.

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Pendidikan Awal Anak

  1. Pingback: Komen tak boleh blah di blogpost!!! |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *