March 29, 2024

Adakah Ishare Ni Scammer?

Adakah program buat duit paling senang dengan hanya klik like, share dan dapat duit, Ishare ni program pelaburan haram? Sejenis scammer? Atau mereka hanyalah satu ujian kepada mereka yang ingin cepat kaya?

Kami ada terbaca headline Sinar Harian hari ini bertajuk JSJK terima dua laporan kes pelaburan IshareFans .

Polis menerima dua laporan berkaitan kes pelaburan IshareFans yang dipercayai memperdaya mangsa dengan kerugian berjumlah RM6,000 setakat ini.

Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk S Sasikala Devi berkata, dua laporan itu dibuat mangsa di Sabah dan Pahang pada bulan ini.

“Satu laporan membabitkan kerugian RM1,000 dan satu lagi kes adalah kerugian RM5,000.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sejak bila kegiatan itu aktif dan modus operandinya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa pelaburan berkenaan tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut JSJK.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular di media sosial Facebook memaparkan sekumpulan individu disyaki mangsa datang ke pejabat pelaburan berkenaan, namun premis terbabit telah ditutup.

Baca Juga: Apa Nak Buat Bila Jadi Mangsa Pelaburan Haram

ha..ada lagi ke yang berani nak main ishare ni? Eh Likeshare pun masih ada kan..berani?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Adakah Ishare Ni Scammer?

Leave a Reply to Nardnaddy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *