March 29, 2024

Tak Rugi Baca: Sebelum Berhenti Kerja, Baca 4 Nasihat Ini Terlebih Dahulu.

Memang seronok jika kita dapat bekerja sendiri. Dapat kebebasan masa. Boleh adjust masa. Dapat kebebasan bekerja. Namun, ada harga yang perlu dibayar iaitu pendapatan yang tidak tentu & tidak tetap setiap bulan.

Mungkin ada yang sedang berkira-kira untuk memulakan perniagaan sendiri tahun ni. Ini nasihat yang saya sarankan sebelum berhenti kerja.

4 nasihat sebelum decide nak berhenti kerja untuk buat bisnes sepenuh masa.

Nasihat 1: Mindset Yang Betul

Sebelum nak berhenti kerja, perlu pastikan yang minda kita bersedia untuk menghadapi sepak terajang dunia perniagaan.

Untuk bertahan dalam dunia perniagaan yang penuh pancaroba ni, seseorang perlu sentiasa  berfikiran positif sepanjang masa. Selagi kita berupaya untuk berfikiran positif dalam apa jua cabaran, kita pasti boleh maju dan berjaya.

Jangan sesekali ingat yang bila kita bekerja sendiri adalah tiket untuk bermalas-malasan disebabkan tiada boss. Kita masih perlu bekerja. Malah perlu bekerja lebih kuat lagi.

Setiap kali terima apa jua cabaran, usah down lama sangat. Terus bangkit dan berjuang. Fall 7 times. Rise 8 times.

Nasihat 2: Sediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya 12 bulan pendapatan sekarang

Contohnya jika pendapatan sekarang RM6,000. Perlu ada RM72,000 dana kecemasan. Jika ada aset seperti hartanah yang boleh jana pendapatan pasif juga lebih baik.

Ini untuk memastikan kita berupaya untuk membayar kesemua komitmen bulanan kita sekiranya ada bulan tiada pendapatan masuk  langsung @ ada ketikanya pendapatan berkurangan pada bulan2 tertentu.

Nasihat 3: Ada Sistem Berkerja

Sebelum berhenti kerja perlu rangka jadual & rutin kerja dari pagi sampai petang.

Bila kita buat bisnes ni, kitalah kuli kitalah boss. Tiada boss yang akan pantau kerja kita. Tiada boss yang akan tegur kerja kita.

Jadi kita perlu berdisiplin untuk jalankan kerja kita setiap hari.

Nasihat 4: Don’t Burn The Bridge

Jika betul-betul nekad nak berhenti kerja, pastikan kita letak jawatan melalui cara yang betul dan harmoni.

Don’t burn the bridge. We may cross the path again in the next future. Nobody knows.

Kita mungkin masih memerlukan network di tempat kerja untuk bisnes kita @ mungkin jika terdesak untuk kembali semula kerja jika waktu mendesak.

Jaga hubungan dengan semua orang.

Semoga bermanfaat.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Tak Rugi Baca: Sebelum Berhenti Kerja, Baca 4 Nasihat Ini Terlebih Dahulu.

  1. nasihat yang sangat berguna dan tepat, kalau nk mulakan bisnes sendiri banyak yang perlu di fikirkan, duit terutamanya perlu dilebihkan perlu bersedia untuk segala segi….

    teringat dulu masa kerja di UTM, pernah kawan cerita tentang kawan-kawan yang dah bersara, gunakan duit pencen untuk berniaga tapi tak plan dengan betul, sudahnya modal hilang begitu saja, business pun bangkrap… duit pencen beratus ribu hilang macamtu dek kerana terlalu gopoh tanpa ada ilmu yang lengkap untuk berniaga.

Leave a Reply to Siti Norhidanah Mohd Miswan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *