March 29, 2024

Tak Boleh Beri Makanan Ini kepada Bayi..Baru aku Tahu!

Semak Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Bayi Anda.

Aku selalu dengar daripada orang lama, dulu-dulu, diorang tak kisah sangat untuk ‘suap’kan makanan pejal kepada anak diorang ie: pisang lenyek ke/nasi lembik di bawah usia 6 bulan. Kini, daripada pembacaan aku, tidak digalakkan dan boleh mendatangkan mudarat sekiranya bayi berusia 6 bulan ke bawah diberi makanan pejal yang tidak sepatutnya. Bayi hanya boleh minum susu  ibu atau susu formula pada peringkat umur sebegini!

Dan apabila mencecah usia 6 bulan, rasa teruja untuk memperkenalkan ‘makanan pejal’ kepada anak kecil yang makin tinggi selera makannya. Sama je macam aku dan isteri sebelum ini. Keterujaan untuk menyuap makanan pepejal lebih menebal daripada memilih makanan yang terbaik untuk anak.

Selepas aku baca satu artikel di majalah Pa&Ma lah baru aku tahu ada beberapa kesilapan yang telah kami lakukan semeasa membesar anak. Dah tahu ni, lepas ni akan lebih berhati-hati dalam memilih pemakanan mereka.
 Jom aku share beberapa makanan yang tidak sepatutnya diambil oleh anak kecil/bayi.

1. Jus

Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi.

2. Makanan proses

Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk, anda memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nuget. Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan. Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran. Lebih sedap dan berkhasiat.

3. Minuman berkarbonat

Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut. Hakikatnya ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.

4. Biskut

“Alah sikit je  bagi baby rasa biskut ni.” Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat mengganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda biasa beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.

5. Agar-agar

Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula, perasa dan pewarna buatan. Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa.

Jangan ikut perasaan atau mudah berasa kasihan kepada si kecil yang nampak teringin dengan makanan tersebut. Fikirkan kesan buruknya kepada kesihatan bayi anda.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa di luar sana. Setidak-tidaknya boleh mengurangkan pemberian makanan yang tidak sihat untuk bayi anda.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Tak Boleh Beri Makanan Ini kepada Bayi..Baru aku Tahu!

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *