April 16, 2024

Gaji RM 2,000 Tapi Hidup Gembira Macam Gaji RM10,000.

Baca tajuk pun dah buat korang ternganga ye?

Nampak macam tak logik. Tapi ya, ini real. Dulu, saya teringin sangat nak gaji RM 5,000. Dalam hati cakap, kalau dapat gaji macam itu mesti seronok.

Bila Allah izin untuk merasa pendapatan RM 5,000 , kita mula rasa tak cukup. Kita nak gaji lebih tinggi. Kita target gaji RM 10,000 pula. 

Bila Allah beri pendapatan RM 10, 000, sekali lagi kita rasa makin tak cukup. Kita naikkan lagi gaji sampai RM 20,000. 

Lama kelamaan, kita rasa makin tak cukup. Kemudian saya ditegur oleh guru saya;

“Bukan nilai ringgit itu yang buat kita rasa cukup tapi keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat. Itu yang menentukan kecukupan hidup kita.”

Ada salah seorang pasukan saya tanya;

“Seronok yek jadi macam Tuan Basit, gaji besar, boleh pergi ke merata tempat.”

Saya kata pada dia sambil berseloroh;

“Kamu nak jadi macam saya tak? Apa kata kamu ganti tempat saya. Berdiri straight 8 pagi – 5 petang selama 4 hari plus tido cuma 2-3jam sahaja sehari. Nak cuba?”

Saya pegang kemas teguran guru saya tadi. Bukan nilai ringgit itu yang jadi ukuran dalam kecukupan rezeki. 

Ada orang gaji RM 2,000 sahaja, tapi dia kerja macam gaji dia RM 10,000. Sungguh- sungguh dia buat. Tak berkira. Siang malam bekerja walaupun gaji dia hanya RM 2,000. 

Walaupun gaji RM 2,000, dia punya bahagia kalah orang yang gaji RM 10,000. Allah mudahkan urusan dia. Allah lindung dia dari bencana dan kesusahan.

Ada orang gaji RM 10,000 tapi dalam urusan kerja tak pernah jujur. Culas dalam menjalankan amanah. Suka curi tulang. Belanja sakan macam esok sudah tiada.

Allah uji dia. Kereta rosak. Superbike excident. Investment rugi. Gaduh dengan family dan macam-macam lagi.

Ini real. Saya bercakap atas kapasiti pengalaman. Saya buat bisnes dari jalanan. Saya bukan lahir-lahir terus mewarisi kekayaan keluarga.

Dulu sebiji telur saya boleh goreng dan bahagi empat. Satu hari makan satu slice. Settle menu untuk empat hari punya makan.

Saya ingat lagi bagaimana rasanya tak ada duit. Saya juga ingat lagi bagaimana rasanya ada berjuta dalam akaun.

Dari sekecil-kecil sampailah sebesar-besar ego saya pernah bela. Dari senipis dan setebal- tebal tembok rasa hebat dan rasa tahu sudah saya langgar. 

“Bukan duit banyak jadi ukuran,tapi rezeki yang berkat menjadi sandaran”

Rezeki yang berkat bermaksud, ada sedikit cukup . Ada banyak boleh berkongsi dengan orang lain.Keyakinan kita terhadap rezeki tidak berbelah bahagi.

Kita tidak risau duit dalam akaun tidak cukup. Yang kita risau rezeki yang dapat tiada keberkatan didalamnya.

Kalau kita nak rasa sentiasa cukup dan berkat dalam hidup, pastikan kita tak abai perkara-perkara ini.

1. Amanah dan suruhan Allah.
2. Amanah kebajikan isteri dan anak.
3. Amanah kebajikan mak ayah.
4. Amanah kebajikan adik-beradik.
5. Amanah kebajikan pekerja

“Level kehidupan kita ditentukan oleh apa yang kita TAHU dan yang kita AMBIL TAHU”

Kredit FB Abdul Basit

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Gaji RM 2,000 Tapi Hidup Gembira Macam Gaji RM10,000.

Leave a Reply to Tekkaus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *