September 19, 2020

Majikan Baik Ini Belanja RM20,000 Belikan AirAisa Unlimited Travel Pass, Bukan Untuk Kayakan Tony Fernandes!

Tindakan seorang majikan berbelanja besar sebanyak RM20 Ribu membeli Unlimited Travel Pass AirAsia untuk 50 orang staffnya amat menerujakan kami. Kali pertama membaca muatnaik status Facebook beliau, membuatkan kami tertanya-tanya.

Adakah kerana ini menunjukkan kekayaan beliau atau ingin menggembirakan hati pekerja-pekerja sahaja atau untuk terus mengkayakan pemilik syarikat penerbangan itu, Tony Fernandes?

Setelah membaca perkongsian pemilik FAR Capital ini, barulah kami sedar kesan jangka pendek dan jangka panjang semua perbuatan kita. Teruskan membaca perkongsian dari hati beliau:

Hari ni, saya berbelanja lebih RM20,000 untuk belikan lebih 50 staff FAR Capital travel pass dari AirAsia ini. Banyak komen negatif mengenai refund dan tavel pass ini, tapi saya pilih untuk berbelanja begini sebab impak perbelanjaan ini sgt besar untuk negara kita.  

Jadi kenapa saya pilih untuk belanjakan RM20,000 di Airasia hari ini? :

1. Airasia ni mempunyai beribu pekerja yang majoritinya orang Malaysia, orang tempatan. Mungkin ada yang merupakan ahli keluarga kawan kawan say di FB. Kalau perbelanjaan saya yang kecil ni dapat bantu mereka survive krisis ini, alhamdulillah.

2. Mereka merupakan local player yang main global, dominasi Asean. Berapa kerat sahaja syarikat Malaysia yang boleh jadi market leader di ASEAN? Saya bangga dgn AirAsia dan saya mahu mereka survive krisis ini. Kalau Emirats pun kena bailout berbillion.

3. Airasia ni terbang ke semua airport kecil dan international. Setiap tahun terbangkan berpuluh juta org dgn tambang kadang kadang tak sampai RM100. Impak mereka kepada indusri pelancongan sebenarnya sangat besar. Dari hotel ke homestay, tiada yang tidak terkesan kalau Airasia tutup kedai.  

4. Staff saya dapat pulang lihat ibu bapa mereka dikampung lebih kerap. Saya hargai usaha mereka dan ini reward kecil untuk mereka atas segala usaha. Mereka susah dan senang setia dgn saya, dan ini cara kecil saya beritahu mereka yang saya hargai mereka.

5. Bila kita melancong, apa yang kita belanjakan di tempat itu akan jana ekonomi tempatan. Bila kita beli air kelapa, goreng pisang, makan di cafe etc dan pembelian sourvenier. Banyak kesan spillover yang kita tak nampak. Peniaga PKS akan dapat cashflow harian dan boleh survive.

6. Mereka yang buat Grab, juga terkesan kalau pelancongan domestik mati. Cuba tanya kawan anda yang sedang bawa Grab/teksi hari ni apa kesan kpd mereka kalau Airasia mati? 

7. Ramai pemilik rumah, juga buat homestay untuk survive. Kalau Airasia mati, mereka juga akan terkesan teruk. 

8. Mereka yang kerja dgn MAHB dan di airport semua akan terkesan teruk kalau Airasia tutup. 

Dari industri hotel, lapangan terbang, homestay, kedai makan, shopping mall, semua ada impak besar bila kita berbelanja domestik. Airasia merupakan salah satu penjana terbesar untuk semua industry ini. KIta kena pastikan Airasia tak mati, supaya banyak lagi industri lain juga boleh survive. 

Saya lihat banyak kecaman kepada Airasia lambat refund dan sebagainya. Saya tak kenal Tony Fernandes atau Din Meranun, tapi saya tahu mereka byk berjasa secara direct dan indirect kepada negara. Kalau bukan sebab mereka, kita semua kena bayar lebih seribu nak fly ke Kota Kinabalu/JB sebab hanya ada satu piliihan sahaja. 

Saya mungkin takkan pakai pun pass ni, tapi saya pilih untuk berbelanja begini sebab saya tak mahu Airasia mati. Nasihat saya kepada kawan kawan, kalau anda tak perlukan duit tu segera, ambil lah credit yang diberikan itu. Kita support mereka begini waktu mereka sdg susah. Kalau saya tak pakai pass ni, niat saya sedekahkan sahaja supaya mereka boleh terus gajikan semua pekerja mereka.

Saya berbelanja RM20,000 hari ni bukan untuk kayakan lagi Tony Fernandes danDin Meranun. Rezeki mereka jadi billionaire sebab mereka dah bantu naikkan ekonomi berjuta orang Malaysia sejak mereka mulakan Airaisa. Rezeki mereka tu dari Allah SWT dan rezeki tak penah salah alamat. Saya percaya mereka dapat rezeki mereka hari ni sebab mereka sebenarnya dah bantu berpuluh ribu pekerja mereka sendiri dan berjuta orang Malaysia yang kerja dalam semua industri yang saya nyatakan diatas. 

FB : Faizul Ridzuan

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Majikan Baik Ini Belanja RM20,000 Belikan AirAisa Unlimited Travel Pass, Bukan Untuk Kayakan Tony Fernandes!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *