March 29, 2024

5 Punca Hutang Dengan Jalan Penyelesaian

Percaya atau tidak, di Malaysia wujud individu yang berusia 18 tahun diisytiharkan muflis. Demikian menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia pada November 2019.

Seramai 64,632 rakyat Malaysia direkodkan muflis dalam lima tahun lalu, membabitkan usia semuda itu hingga 44 tahun. Sebagai tambahan, seramai 13,338 individu berada di dalam belenggu itu pada September 2018.

Realitinya, tidak kira membabitkan kadar jumlah muflis atau usia, kedua-dua angka itu membimbangkan kerana ia boleh memberi kesan negatif bukan saja terhadap aspek sosiomasyarakat, malah berpotensi merencatkan pertumbuhan ekonomi makro dalam jangka panjang.

Mengikut kajian statistik daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), lebih 50% rakyat Malaysia yang gagal uruskan kewangan dengan baik di sebabkan beban hutang yang banyak!

Nak tahu lebih 50% rakyat ini gagal menguruskan kewangan di bahagian mana?

tak rugi baca

#1 Perancangan Kewangan Lemah

22.8% berpunca dari perancangan kewangan yang lemah di sebabkan kegagalan dalam menguruskan kewangan dengan baik. Merancang kewangan dengan baik adalah satu cabaran yang susah tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Banyak seminar tentang pengurusan kewangan yang baik dan buku-buku dijual di pasaran sebagai panduan untuk mengelakkan kita daripada terus gagal.

Untuk berjaya dalam pengurusan kewangan, kita kena terus belajar untuk rancang kewangan secara berpanjangan.

Sentiasa update ilmu di dada. Ilmu-ilmu ini pun tak diajar dalam sistem pendidikan di Malaysia dari pra sekolah hingga ke menara gading.

#2 Kos Perubatan Tinggi dan Kematian Pasangan

18.1% pula berpunca dari kos perubatan yang tinggi, dan 1.4% berpunca dari kematian pasangan.

Hanya ada 1 cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi punca ini, dengan melanggan takaful. Takaful diwujudkan demi melindungi ‘harta’ iaitu dengan menyerap kos perubatan yang tinggi melalui plan takaful medical card.

Kita juga boleh merancang plan pengggantian pendapatan melalui plan polisi takaful untuk suami-isteri.

Masih ingat tak formula mudah urus gaji?

Kita cuma ambil 5%-10% dari gaji bulanan untuk selesaikan kesulitan kos perubatan, sakit kritikal dan kematian pasangan di kemudian hari.

#3 Kad Kredit

11.1% pula berpunca dari hutang kad kredit.

Kad kredit boleh memberi manfaat sekiranya betul cara penggunaan. Sebaliknya, akan memudaratkan sekiranya salah guna kad tersebut.

Hal ini pun sama perlu belajar ilmu kewangan. Tak salah pun menggunakan kad kredit, tapi kena sentiasa berhati-hati setiap kali menggunakannya. Yang terbaik, tidak langsung menggunakan kad kredit..

Mungkin ada yang belum tahu, caj bank ke atas kad kredit paling tinggi berbanding perkhidmatan atau produk bank yang lain!

#4 Kos Sara Hidup Meningkat

4.4% berpunca dari kos sara hidup meningkat, dan 4.1% berpunca dari komitmen kewangan yang tidak dijangka.

Kita boleh mengawal perkara ini dengan baik sekiranya kita sentiasa buat persediaan awal. Contohnya membuat simpanan di instrumen yang risikonya rendah. Seperti simpan emas di akaun emas. Atau menyimpan di pelaburan unit trust atau WAHED yang terbukti memberi pulangan lumayan dengan risiko yang terkawal. Ada juga yang buat duit dengan pelaburan hartanah seperti bisnes homestay, rumah sewa dan sebagainya.

Kemudian berdisiplinlah dalam membuat simpanan dan reinvest setiap kali mendapat dividen. Daripada strategi ini, pasti pulangan lumayan menanti kesan daripada keajaiban compunding .

#5 Kegagalan Pelaburan

1.1% berpunca dari kegagalan pelaburan. Gagal di sini bukan bermaksud kerugian yan dihadapi. Tetapi lebih kepada tertipu dengan instrumen pelaburan yang tidah sah.

Jangan terpengaruh dengan skim skim pelaburan haram atau skim cepat kaya. Belajar lagi ilmu tentang pelaburan ini supaya kita menjadi orang yang bijak melabur. Banyak tempak pelaburan yang rendah risiko dan sah di sisi undang-undang.

Contohnya, melabur dalam pelaburan unit trust yang rendah risiko. Dengan bantuan Unit Trust Consultant (UTC) yang berpengalaman, insyaAllah strategi menggandakan duit dalam jangka masa panjang akan membuahkan hasil.

Anda boleh menghubungi UTC Jamar (017-2101282) untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit trust.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “5 Punca Hutang Dengan Jalan Penyelesaian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *