April 24, 2024

Duit Hilang Dari Akaun CIMB? Ini Tindakan Awal Yang Perlu Diberi Perhatian.

Semalam, pemegang akaun bank CIMB berada dalam kerisauan selepas beberapa pengguna berkongsi kisah mereka kehilangan duit dari akaun CIMB. Sama ada melalui transaksi debit atau perbankan online, semua transaksi itu berlaku tanpa kebenaran mereka.

Ada pelbagai teori yang menyebabkan transaksi tanpa kebenaran itu berlaku. Ada yang mengatakan transaksi itu terjadi apabila pengguna membuat langganan online streaming seperti Netflix dan juga pembelian permainan atas talian.

Aku ingin berkongsi satu perkongsian oleh pengguna CIMB yang mempunyai pengalaman menghadapi transaksi sebegini dan sebab kenapa transaksi tanpa pengetahuan pengguna terjadi.

akaun CIMB kena hack

Berlaku Transaksi Tanpa Kebenaran Dari Akaun CIMB? Apa Nak Buat?

Pertama, check balik berapa nilai dan transaksi yang dikeluarkan. Login CIMBCLICKS, ke ruangan SERVICES, di ruangan ACCOUNTS & CARDS, perhatikan pada bahagian DIRECT DEBIT Authorization. Senarai akaun di bawah pegangan korang akan dipaparkan. Klik pada akaun berkaitan.

Semak butiran transaksi yang dilakukan melalui servis Direct Debit. Printscreen dan rekodkan transaksi yang mencurigakan atau yang konfem korang tak pernah lakukan.

Kedua, patah balik dan klik ke OVERSEA SPENDING & WITHDRAW. Untuk pengesahan ini, akaun aku menunjukkan DEACTIVATED. Aku pernah activated bahagian ini semasa aku ke luar negara. Dengan cara ini, kad CIMB aku boleh digunakan di mana-mana negara yang dipohon. Dan selepas pulang ke Malaysia, aku akan mengDEACTIVATEDkan kad ini.

Jadi, sekiranya kad korang masih dalam keadaan ACTIVATED, boleh tukar ke mode DEACTIVATED. Nanti pengesahan akan dihantar ke no telefon yang didaftar.

Dua langkah ini dah setel, jika terdapat bukti kukuh yang transaksi dalam akaun korang dilakukan tanpa kebenaran, segera ke balai polis berdekatan untuk buat report polis. Dan selesai report, segera ke bank berdekatan dan buat pula report di bank tersebut dengan lampiran report polis dan bukti traksanksi tanpa kebenaran itu.

Jika didapati punca transaksi bukan datang daripada korang, insyaAllah duit korang akan dikembalikan. Sebaliknya, jika tiada bukti kukuh dan disebabkan kecuaian korang, redha je la dengan kehilangan duit itu..

Semak Limit Akaun CIMB.

Di bahagian SERVICES juga, korang boleh adjust balik LIMIT untuk sebarang transaksi seperti Debit Card Spending, transaksi ATM, DuitNow, Online Transaction dan sebagainya. Setkan limit seminimum yang korang mampu. Mohon semak akaun masing-masing.

Withdraw Semua Baki Dari CIMB.

Sekiranya korang dah perasan transaksi yang mencurigakan terjadi pada akaun CIMB, dengan kadar segera, pindahkan semua baki ke akaun yang lebih selamat. Senang sahaja. Lakukan Instant Transfer (tiada cas dikenakan) ke akaun lain. Aku rasa hari ini, kebanyakan perlu ada sekurang-kurangnya 2 akaun bank untuk tujuan sebegini.

Apabila transaksi yang mencurigakan sudah diketahui punca, bolehlah kembali menggunakan akaun CIMB korang dengan gembiranya…

Semak Semua Online Payment.

Hari ini, online payment menjadi mode pembayaran yang paling senang. Nak beli barang dapur, nak langgan Netflix, nak beli Game Online, boleh bayar di hujung jari menggunakan kad debit atau FPX dsb. Tapi berapa ramai yang membaca Term & Condition sebelum proceed dengan bayaran?

Semak satu persatu setiap metod bayaran untuk semua langganan yang pernah dilakukan. Kalau boleh, batalkan terlebih dahulu buat masa sekarang. NETFLIX, Apple Store, iTunes, Google Profile, Lazada, Shopee, deactivated seketika untuk monitor transaksi yang mencurigakan itu masih berlaku atau tidak.

Update Daripada CIMB Bank Berhad:

CIMB Bank Bhd (CIMB) berkata transaksi ‘direct debit’ yang tular di media sosial semalam adalah urus niaga kad debit yang sah yang dibuat pelanggan.

Insiden terpencil itu adalah disebabkan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.

Transaksi berkenaan dilabel semula sebagai ‘direct debits’ menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Duit Hilang Dari Akaun CIMB? Ini Tindakan Awal Yang Perlu Diberi Perhatian.

Leave a Reply to Ikhwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *