March 19, 2024

Amalan Baik Oleh Suami Ketika Isteri Hamil.

Semasa isteri hamil, suami juga memainkan peranan penting dalam amalan seharian. Antara amalan yang digalakkan dilakukan oleh suami adalah seperti berikut;

Amalan Baik Dilakukan Oleh Suami Ketika Isteri Hamil

1. Banyakkan baca surah Luqman, Yusuf, Fatihah, Yasin, surah Ah-Nahl:78, surah Al-A’raf:189 dan ayat Kursi

2. Banyakkan baca doa keselamatan isteri yg mengandung dan anak dalam kandungan.

3. Banyakkan baca alQuran

4. Banyakkan bertaubat kepada Allah SWT

5. Banyakkan puasa sunat, puasa Isnin- Khamis dan puasa sunat lain

6. Banyakkan solat berjemaah

7. Dilarang makan benda benda haram, memberi isteri wang haram atau hasil riba.

8. Elakkan pergi ke tempat yg dilarang syarak

9. Rajin menghadiri majlis ilmu dan agama

10. Suami hendaklah mengelakkan diri dari rasa marah dan benci kepada isteri

11. Suami hendaklah banyak bersabar dan menjaga hubungan dengan isteri

12. Hendaklah menutup aurat.

Adab Suami Semasa Isteri Mengandung.

1. Suami hendaklah menunjukkan kasih sayang terhadap isteri. Tunaikanlah hajat isteri terutama tentang makanan dan minuman yang diingini, selagi ianya tidak dilarang oleh agama. Berilah isteri makan minum yang berkhasiat yang boleh membantu perkembangan bayi di dalam kandungan.

2. Suami hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri dan jangan sesekali bersikap kejam.

3. Selesaikan dahulu perselisihan faham dengan isteri sekiranya ada sebelum masuk tidur.

4. Jangan mudah lafazkan perkataan ‘talaq’

5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca ayat
” la illah ha illah anta subhanaka inni kuntu minadzolimin”

6. Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan keselamatan isteri dan anak.

Dorongan Suami Terhadap Isteri Semasa Bersalin.

Suami yang soleh akan merasakan penderitaan isteri secara tidak langsung. Suami harus banyak terlibat dalam penjagaan kehamilan, kelahiran dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah selalu memberi motivasi agar isteri tetap tabah dan sabar.

Suami juga harus banyakkan berdoa, berselawat dan beristighfar selalu. Dengan ini isteri akan merasa tenang dan memudahkannya bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan kepada wanita.

Dari segi fizikal, wanita harus menampung kandungannya dan tubuhnya harus bekerja lebih kuat dari biasa. Jantungnya mengepam darah 40% lebih dari keadaan biasa. Buah pinggang ya pula harus membuang kekotoran dari bayinya juga dan wanita juga mengalami perubahan emosi dari semasa ke semasa.

Waktu berpantang dan selepas kelahiran, bayi juga akan menimbulkan tekanan jiwa dan emosi keerana dia harus menyusu dan membersihkan bayi setiap 2-3 jam setiap malam. Suami yg baik harus membantu menjaga Dan mengurangi beban isteri di waktu malam.

Tanggungjawab suami terhadap isteri berterusan dari mula kehamilan sehinggalah waktu menjaga anak. Tugasan ini harus dibantu suami agar isteri tak rasa terbeban dan lebih seronok dalam menjalankan tanggungjawab berat itu.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Amalan Baik Oleh Suami Ketika Isteri Hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *