April 20, 2024

3 Langkah Asas Melindungi Diri & Orang Lain Daripada COVID19.

Kes #COVID19 makin meningkat di Malaysia. Sangkaan aku yang penularan virus ini akan berkurangan selepas 2 bulan dikesan meleset sama sekali. Pada pengamatan aku, tahap penularan di negara ini semakin serius. Setiap hari ada sahaja penambahan bilangan kes.

Pada pengamatan aku, orang awam di Malaysia masih belum mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang virus ini terus merebak. Masih ramai yang sanggup terbang ke luar negara, masih ramai yang tak kisah menyertai perhimpunan secara beramai-ramai.

Aku katakan penularan makin serius apabila mendapat berita yang solat Jumaat di Perlis dibatalkan pada hari ini dan diganti dengan solat Zohor di rumah. Begitu juga dengan penutupan masjid di republik Singapura.

Ayuh sama-sama kita mengamalkan langkah perlindungan sebaik mungkin. Berikut aku kongsikan langkah melindungi diri dan orang lain daripada #COVD19 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia :

1# Selalu Amalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Ini antara langkah asas yang senang dilakukan. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

2# Jika Tidak Dapat Elak Ke Tempat Berlaku Wabak, Amalkan Perkara Berikut:

  1. Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  2. Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala.
  3. Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup atau menyentuh sebarang jenis haiwan.
  4. Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

3# Dapat Rawatan Segera

Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit. Contohnya, seperti mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada tempat-tempat berisiko. Maklumkan sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “3 Langkah Asas Melindungi Diri & Orang Lain Daripada COVID19.

  1. Sedihnya masih ada yang tidak prihatin. Dalam keadaan sekarang ini, masih ramai yang mahu melancong ke luar negara. Sabar sabar lah dulu kalau nak berjalan jalan tu.

Leave a Reply to ahmadyani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *