March 19, 2024

Tips Menjadi Ayah Yang Hebat

1# Terima segala baik buruk isterimu dari saat menikahinya.

Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir… Jika anda menyayangi isterimu..maka kasih dan cintailah keluargamu.

2# Makan bersama keluarga.

Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan antara satu sama lain supaya mereka rasa disayangi. Jadi amalan meminum susu bersama keluarga sebagai aktiviti harian. Kebaikan meminum susu untuk kesihatan tubuh badan tidak dapat dinafikan lagi. 

3# Jadilah teladan.

Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yg baik untuk anak anda.. Tunjukkn perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti..

4# Fahamilah karakter setiap anak anda.

Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing2 tanpa membezakan antara satu dengan yg lain.Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dgn alirannya.

5# Tunjuk kasih sayang.

Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi..

6# Disiplinkan anak anda dengan kelembutan.

Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlau memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak. Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah..

7# Tabungan masa hadapan.

Sebagai ayah yang bijak. Anda sebgagai ketua keluarga hendaklah bijan merancang perbelanjaan kewangan dlm keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda.

8# Luang masa bersama.

Sesekali bawa lah keluarga anda bersiar-siar2. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi.. ‘Bonding time’.. Sesi bersantai dan bermersa bersama-sama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing.. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri..

9# Berdoa dan beribadah bersama.

Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S .A.W.. Ajarkan mereka tentang solat,dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi solleh dan solehah dan takut kepada Allah

10# Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya.

Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dan mendidikan anak anda supaya pertumbuhan anak anda sejajar dengan perkembangannya

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tips Menjadi Ayah Yang Hebat

  1. No 7 itu sangat penting….

    sebab dengan wang membolehkan mereka belajar dengan lebih baik pada masa hadapan..

    persoalnanya kini…

    pastikan seorang ayah mempunyai pendapatan yang lebih dari mencukupi..

    jika tidak perlu kerja lebih masa untuk cari duit lebih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *