April 6, 2020

Tak Rugi Baca: Depresi. Jiwa Sakit Tetapi Tak Kelihatan Secara Zahir.

Situasi di kafe hospital:

“Dik, sebelah ni ada orang?”

“Takde kak, jemputlah duduk. Saya sorang je.”

“Akak pagi² mesti kena kopi dulu. Kalau tidak, layu jer.”

“Eh sama lah kita kak, saya pun.”

“Ada Appointment ke kak?”

“Ya.”

Kami pun borak² biasa, tanya itu ini.

“Bagus dik, jaga Mak. Akak dulu pun jaga Mak akak. Akak anak tunggal. Hinggalah Mak takde.
Lepas tu Ayah pulak. 5 tahun lepas Mak meninggal, Ayah pun pergi.

Cuma masa Ayah meninggal, Akak di luar negara, ikut suami kerja. Akak balik sorang, walaupun tak sempat nak tengok wajah akhir Ayah.

Dan itulah kali terakhir akak menangis.”

Akak tu teruskan bercerita, muka memang sebak, tapi, betul, takde air mata.

“Akak ke sini, appointment klinik apa?”

“Psikitrik.”

Terkedu saya. Pause.
Tak tau nak cakap apa. Bimbang salah tanya, akak tu kecik hati.

Mungkin akak tu faham perasaan saya, dia teruskan perbualan.

“Ni lah sejak Ayah akak meninggal, 2007, sejak tu lah jadi depression.
(Dah 13 tahun dia menderita depression)

Akak tak boleh menangis. Setiap kali rasa sedih, sebak, perasaan tu tersekat ke tekak. Akak tak boleh nak luahkan dengan menangis.”

“Bila macam tu, apa jadi kak?”

“Akak rasa emosi, nak marah. Bengang. Memang tak boleh tahan.”

“Jadi, setiap kali sesi dengan Psikiatris, buat apa?”

“Dia tahu nak tackle kita. Kita akan cerita, dan dia tahu nak handle.

Orang macam akak ni, tak boleh orang setakat nak cakap sabar, sabar.”

Akak ni ada anak perempuan sorang. Buat masa ni, dia sibukkan diri dengan aktiviti sekolah anak dia. Kurang masa untuk dia sendirian.

“She is the reason for me to live and stay”
Senyum dia, begitu besar makna anak dia.

Allahuakbar.

Akak ni cerita juga tadi tentang anak buah kawan dia yang menghadapi depression.
Remaja lelaki, umur sekitar 16-17.

Anak ini seorang yang yang bijak, taat pada ibu ayah.
Bersekolah di asrama sekolah sains tahfiz.

Anaknya pernah mengadu tak mampu nak bawak dua² aliran, tapi mak ayah terus terusan pujuk. Jadi anak ini kuatkan hati dan dapat keputusan PT3 yang cemerlang.

“This is for you”

Kata si anak tika dia hulurkan result PT3.

Kali ini anak sudah sedikit berani, kekal dengan keputusan untuk teruskan aliran sains sahaja di Ting 4.

Tapi ayah terus memujuk,
“Ayah nak lah seorang anak ayah jadi tahfiz, boleh bawa kami masuk syurga”

Tak tau dari mana datang keberanian, si anak membentak,

“Nak sangat masuk syurga, usahalah sendiri!

Ibu Ayah bangun jam 6pagi nak pegi kerja. Abang pukul 4pagi dah kena bangun, siapkan diri.

Pergi lah Ibu Ayah cuba duduk di asrama tu sebulan, tengok, boleh tahan ke tidak!”

Terus dia nak ke bilik, dihempas pintu bilik.

Si Ayah masih fikir positif,

“Tak apa, biarkan dia. Dia marah tu. Nanti baiklah dia”

Si anak masih tak keluar bilik hingga keesokan pagi.
Bila emaknya check dalam bilik, jenuh ketuk, tak berbunyi.
Mujur ada kunci spare.

Keadaan anak “mute”.
Duduk atas katil, merenung kosong dinding.
Dihulur makanan, ya makan, tapi takde bunyi.

Emak & Ayah tak tau nak buat apa. Kebetulan adik emaknya tinggal berdekatan, di panggilnya.

Bila makciknya datang, di tarik perlahan² anak itu, dipeluk dan di baringkan diatas peha.

Kemudian, ditepuk belakang anak itu perlahan² dan dibisikkan,
“it’s ok, aunty ada. It’s ok to cry.”

Serta merta, si anak menangis sekuat² dan terhengut² seakan bayi kecil.

Alhamdullilah, cut story short, si anak kini tinggal bersama auntynya. Dan kini menjalani rawatan psikiatris.

Sungguh, ini kali pertama saya berdepan dengan pesakit yang mengaku beliau ada masalah depression. (Yg disahkan doktor).

Secara zahirnya, beliau kelihatan sama macam kita semua, normal. Berbaju kurung, bertudung. Mukanya lembut dan ramah. Tiada yang pelik pada dirinya.

Namun, itu luaran, rupanya dalamannya amat “sakit”. Beliau menderita bertarung dengan “kesakitannya”.

Sebelum meninggalkan beliau saya peluk akak tu. Baru kenal, tapi saya yakin, ianya bukan kebetulan. Allah temukan saya dengan beliau untuk memberi pengajaran pada saya.

Mari kawan², jika ada rasa gelisah, tak tenteram, ada yang tak kena, dapatkan rawatan.

  1. Jumpa psikiatrik, bukan bermakna awak gila.
  2. Berjumpa dengan yang pakar boleh membantu kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
  3. Pelukan terhadap insan yang kita sayang, suami/isteri, anak², mak/ayah, adik beradik mampu menenangkan jiwa. Dapat memecahkan ego hati seorang manusia.
  4. Perancangan kita tak selalunya terbaik. Kita rasa itulah plan kita yang harus dibentuk untuk anak², end of the day, Allah juga Maha Mengetahui. Dialah sebaik² perancang.
  5. Sentiass dekatkan diri dengan Allah. Al Quran itu penenang jiwa. Setiap kali buka Al Quran, doa dan katakan, Ya Allah, aku ingin bersahabat dengan AlQuran. Jadikan ia peneman hidupku. Mudahkan urusanku untuk membacanya siang dan malam.

Maka, benarlah, kasih sayang itu perlu ditunjuk, bukan sekadar kata².

Depression, sesiapa pun mudah menyebutnya,
Tak semudah orang yang menanggung.

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul.

Saya izinkan #SHARE, #Tag sahabat, ahli keluarga dan sesiapa saja, kita tak tau mungkin ada jiwa yang sedang sakit, tapi tidak kelihatan secara zahir. Mudahan perkongsian ini bermanfaat.

Coretan #KisahKehidupan

Nomie Mat Lias
12.02.2020
HDS, HUKM.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tak Rugi Baca: Depresi. Jiwa Sakit Tetapi Tak Kelihatan Secara Zahir.

  1. orang kita sangat takut dengan perkataan psikiatrik ini. Dulu masa saya nak hantar aiyan ke sekolah PPKI dia perlu jumpa pakar psikiatrik ini, bila saya beritahu pada kawan, ramai yang tengok saya semacam. Pakar psikiatrik perlu tengok perkembangan aiyan, OKU golongan mana, boleh kah dia bersekolah dan bergaul dengan orang ramai. Bukan semestinya jumpa psikiatrik kita ni gila…

    terima kasih atas perkongsian, memang tak rugi baca…

Leave a Reply to Siti Norhidanah Mohd Miswan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *