February 26, 2020

Puas Hati Dapat Remarks Macam Ni!

Ketika orang lain sedang berseronok bercuti panjang sempena perayaan Krismas membawa ke Tahun Baru, aku dan tim sedang ‘pecah kepala’ membuat persediaan akhir untuk program FAT bersama klien. FAT tu singkatan kepada Factory Acceptance Test. Tugasan yang aku uruskan dari peringkat tender sejak tahun lepas ini adalah satu projek menaik taraf sistem Fire&Gas pelantar minyak dan gas milik syarikat petroleum nasional yang terletak di perairan Sarawak.

Biasanya dalam projek kejuruteraan yang melibatkan penghasilan alatan khas,, FAT diadakan di kilang, tempat di mana peralatan itu dihasilkan. Untuk projek ini, aku mengimport khas beberapa peralatan dari negara luar seperti United Kingdom dan USA. Tetapi memandangkan kami mempunyai fasiliti dan kemahiran lokal, FAT ini dibenarkan diadakan di dalam Malaysia selepas segala keperluan tiba di Malaysia.

Kami perlu jalankan FAT ini dalam masa yang ditetapkan tanpa gagal. Itu syarat klien kepada kompeni kami.

Selain itu, aku juga mempunyai misi yang perlu diselesaikan. Projek ini adalah projek ke-2 oleh klien yang sama. Yang pertama telah dijalankan pada awal tahun lepas. Tetapi FAT yang diuruskan oleh rakan kerja aku bersama timnya pada masa itu gagal. Mungkin nasib tidak menyebelahinya. FAT pada kali pertama gagal dan perlu diulang uji. Kegagalan kali pertama meninggalkan kesan yang tak baik (bad remarks) kepada syarikat.

Jadi, pada tahun ini, aku mengambil alih sepenuhnya. Bilangan tim member yang terlibat, aku yang request khas daripada bos aku. Strategi dan kertas kerja aku susun awal-awal. Perjalanan peralatan dari kilang pengeluar (United States & United Kingdoms) aku sendiri yang pantau betul-betul. Aku tidak boleh terlepas pandang atau membuat silly mistakes. Boleh katakan, aku memberi tumpuan 99% dalam menjayakan projek kali ini. Mujur tak makan bertahun..

Alhamdulillah, FAT yang dijadual berjalan dalam tempoh 2 hari berjaya ditamatkan dalam masa 1.5 hari.Segala perancangan berjalan dengan lancar. Dari jam pertama membawa ke jam terakhir, aku boleh nampak klien sangat berpuas hati dengan persediaan, kualiti ujian dan kertas kerja yang kami sediakan.

Lagi best, remark yang diberikan pada kertas laporan oleh klien sangat menerujakan kami. Terus aku snap dan Whatsapp gambar ke pihak atasan. Aku senyum sampai ke telinga. Kepuasan hati yang tak dapat digambarkan. Setidak-tidaknya aku berjaya buktikan, dengan perancangan yang teliti dan semangat kerjasama (temawork) akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Itu formula dia. Simple kan?

Sebagai tanda Terima Kasih aku kepada tim aku yang bertungkus-lumus bekerja dan bertindak mengikut arahan, aku belanja mereka semua dengan menu Sate Kajang. Sudah menjadi amalan aku, setiap kali kami berjaya selesaikan tugasan penting, aku akan celebrate dengan makan-makan. Makanlah seberapa banyak yang mereka na!

Terima kasih semua! Tim aku yang paling best dan berdedikasi setakat ini. Ni kalau minta kerja sampai lewat malam pun diorang sanggup ni..hahaha..

Kesimpulannya, menguruskan projek ini taklah sesusah yang disangka. Hanya perlu fokus pada perancangan dan tindakan daripada perancangan itu. Aku paling tak suka tim yang hanya tahu merancang (meeting pagi petang siang malam), tapi bila tiba masa untuk bertindak (execution), tak menjadi..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *