April 6, 2020

Nak Ada Keyakinan Menjadi Seorang Ayah Yang Baik?

Menjadi seorang ayah bukan sesuatu perkara main-maian atau untuk ditakuti. Tugasan sebagai seorang ayah memerlukan kekuatan dan dorongan. Mungkin secara fizikal, tiada perbezaan antara aku dan kamu, tetapi menjadi seorang ayah yang berjaya menggalas tugasan sebenar adalah satu cabaran.

Kajian menunjukkan, keyakinan seorang individu untuk menjadi seorang ayah akan membantu individu tersebut menjadi seorang ayah yang baik, bertanggungjawab dan memberi kesan positif kepada perkembangan hidup anak. Kekuatan dan keyakinan ayah membantu anak-anak untuk berasa lebih selamat.

Aku sedar anak-anak aku lebih cenderung melihat sesuatu dalam diri aku sebagai seorang ayah. Jika aku bermalasan menonton TV, diorang pun ikut sama. Sebaliknya, jika aku mula buka laptop dan beraksi seakan membuat kerja, mereka turut sama buka buku dan mula membuat latihan. Walhal aku sekadar membuka laptop dan login Facebook. hehe.. Seorang bapa tidak perlu bermatian untuk menjadi seorang bapa yang sempurna, cukup sekadar yakin untuk melakukan sesuatu contoh yang terbaik buat anak-anak.

Macam mana nak membina keyakinan untuk menjadi seorang ayah yang baik?

1# Jangan Bandingkan Diri Sendiri Dengan Bapa Lain.

Menjadi seorang ayah bukanlah untuk dibanding-bandingkan. Setiap famili ada keunikan dan keistimewaan tersendiri. Percayalah, setiap anak tidak akan mengingati korang sebagai seorang ayah yang biasa. Mereka hanya akan mengingati dan mengagumi keunikan cara didikan sampai tua. Rare!

2# Berhenti Kritik Diri Sendiri.

Bila diri dibayangi rasa kecewa atau tertekan, normal manusia akan mengecam atau menyalahi diri sendiri. Kita akan hanya menyalahi diri sendiri di atas tindakan yang salah dilakukan tanpa memikirkan sudah banyak tindakan yang betul telah diambil. Untuk menjadi seorang ayah yang baik, stop berfikiran sebegini.

Berhenti menyalahi atau kritik diri sendiri. Belajar untuk berhadapan dengan masalah dan memperbetulkannya. Jadikan apa yang berlaku dah sudah terjadi sebagai satu pengajaran yang berguna

BUFFET BREAKFAST

3# Belajar Bertenang.

Pemikiran yang tenang mendorong seseorang untuk membuat keputusan dengan lebih bijak. Satu tindakan yang diambil ketika fikiran tenang bermaksud, sebelum setiap tindakan diambil, tarik nafas dalam dalam, fikir kesan yang bakal dihadapi untuk setiap keputusan itu. Elakkan membuat keputusan ketika dalam keadaan marah, serabut atau pendek kata, tidak waras. Dengan cara sebegini, percayalah, ianya mampu mengelak rasa kesal korang di kemudian hari.

4# Minta Nasihat Bila Memerlukannya.

Jika anak korang sakit, bawalah anak berjumpa dengan doktor. Tak perlu rasa malu untuk mendapat khidmat nasihat daripada mereka yang lebih pakar. Tak kisahlah anak korang menghadapi masalah apa pun ie: sakit fizikal atau mental, bawalah berjumpa dengan mereka yang sepatutnya. Ada masalah sebegini hanya mampu dirawat oleh mereka yang lebih berpengalaman.

5# Relax, You Are Doing Good!

Menjadi seorang ayah yang baik sometime sangat susah dan mencabar. Tapi percayalah, pasti ada hikmat dan ‘kelazatan’nya. Tak perlu risau! Jadilah diri sendiri. Enjoy masa bersama anak-anak ketika masa masih ada. Buatlah yang terbaik dan doalah yang terbaik juga. InsyaAllah, segalanya akan berjalan dengan baik.

If you love your children and take care of them, then you are a good dad!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Nak Ada Keyakinan Menjadi Seorang Ayah Yang Baik?

  1. Hanya dengan ilmu sahaja. Ya apa apa pun hanya dengan ilmu kita boleh menjadi lebih baik. Bila sesuatu itu lebih besar dari segala seginya, lebih banyak ilmu diperlukan. Tanggungjawab seorang ayah bukan perkara kecil, ia berkait dengan kelangsungan generasi manusia di dunia dan keselamatan diri di akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *