March 29, 2024

Amal 7 Tips Ini Untuk Rezeki Yang Cukup Dan Berkat.

Dah menjadi rutin harian aku sebelum tidur, aku akan Google carian ilmu tentang tips mencari rezeki yang melimpah ruah. Dalam banyak banyak tips, aku tertarik untuk kongsikan 7 tips untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah daripada blog sifu aku juga, Denaihati. Semoga bermanfaat untuk semua.

Konsep mencari rezeki ada 3; BERUSAHA, BERDOA DAN TAWAKAL. Berdoa dan tawakal itu juga termasuk amalan zikir yang membantu peluang dan jalan membuka rezeki yang lebih luas lagi.

Juga harus diingat, REZEKI itu luas. Bukan hanya rezeki WANG RINGGIT sahaja tau. Kesihatan yang baik, masa yang terluang, keluarga bahagia juga rezeki. Bila ada rezeki lebih, bolehlah bawa keluarga bercuti ke destinasi menarik di Malaysia..

Jom kita amalkan.

1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

Mari kita ikuti amalan mulia ini, kerana Allah suka orang yang berkongsi rezeki. Kita sentiasa dekat denganNya. 

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi’ah

Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Lazimi Istighfar

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

7. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. 

Ya Allah, Berikanlah kepada kami rezeki yang luas. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Semoga Allah memberikan kita rezeki yang melimpah ruah serta berkat.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Amal 7 Tips Ini Untuk Rezeki Yang Cukup Dan Berkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *