February 26, 2020

Dayyan Berjaya Tukar Sekolah Rendah

Hari ini, 20/1/2020, segala penantian aku dan isteri berakhir sudah. Bunyi macam serius je kan. Serius la kot. Hal-hal yang melibatkan ‘pendidikan’ anak bukan hal sehari dua.

Alhamdulillah, permohonan kami untuk tukarkan Dayyan ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah sudah pun diluluskan. Ini tak bermakna sekolah yang Dayyan belajar selama 2 minggu ini tak bagus tetapi demi memudahkan kerja hantar dan ambil oleh pengasuh Dayyan. Pihak PPD dan pihak sekolah pun pening memikirkan kenapa Dayyan ditempatkan di sekolah yang lebih walhal sekolah yang lebih dekat ada jer, dengan jarak tak sampai 1.5KM.

Selepas keputusan penempatan sekolah diumumkan, lebih kurang pada November tahun lepas, kami membuat keputusan untuk proceed dengan permohonan rayuan melalui online. Permohonan rayuan ini dibuat kerana Dayyan ditempatka di sekolah yang agak jauh dan tiada dalam pilihan sekolah yang dipohon. Rayuan adalah secara online. Tiada cara manual.

Pada awalnya, aku nak je biarkan Dayyan bersekolah yang dia ditempatkan which is agak jauh dari rumah kami & rumah pengasuh, tetapi memandangkan Dayyan masih ada peluang ditempatkan di sekolah yang lebih dekat, aku teruskan dengan permohonan rayuan.

Nasib tidak menyebelahi apabila rayuan atas talian kami ditolak dengan alasan, penempatan sekolah berdasarkan alamat anak dan ibu bapa.

Ditolak kali ini tidak bermakna tiada lagi cara untuk tukar sekolah Dayyan.

Selepas mendapat pandangan daripada kawan-kawan yang pernah ada pengalaman menukar sekolah anak tahun 1, Dayyan perlu melapor diri di hari pertama persekolahan di sekolah yang sudah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Permohonan penukaran sekolah selanjutkan boleh dilakukan secara offline bermula pada minggu ke-2 pembelajaran.

Cara Memohon Pertukaran Sekolah Tahun 1

Selepas 2 minggu Dayyan mengikuti sesi transisi (orientasi), kami membuat permohonan penukaran sekolah dengan sokongan pihak sekolah sekarang. Pihak sekolah akan menghantar permohonan kami ke pihak PPD. Dalam masa yang semasa, pihak kami perlu menyerahkan permohonan penukaran sekolah Dayyan bersama maklumat-maklumat lain ke PPD. Pihak PPD akan menetapkan bila keputusan permohonan dikeluarkan. Keputusan diluluskan atau tidak, secara asasnya, ditentukan oleh kekosongan bilangan murid di sekolah yang dimohon.

Muka hepi tukar sekolah

Kongsi isteri aku yang berpeluh ketiak memanjat tangga Pejabat Pendidikan Daerah, permohonan kami tidak mempunyai apa-apa masalah. Lagi pun kuota murid di sekolah yang dipohon masih ada dan alasan jarak rumah-sekolah adalah kukuh. Ada juga ibu bapa yang memohon perlu menjalani proses temuduga dengan pelbagai soalan, sebelum permohonan mereka diluluskan atau tidak.

Alhamdulillah, minggu lepas kami menghantar permohonan lengkap ke PPD, seawal pagi tadi kami sudah menerima keputusan. Dayyan diluluskan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah yang dipohon. Yey!

Bila boleh masuk belajar di sekolah baru? Jawab pegawai PPD itu, hari ini dah boleh masuk!

Wah..cepat bebenor. Tak sangka, urusan kami dipermudahkan.

Kami terus membawa Dayyan ke sekolah baru pada sesi petang. Oh ye, sebelum itu, kami perlu mendapatkan maklumat pelajar yang dipegang oleh guru kelas Dayyan untuk diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah baru Dayyan. Buku teks dan buku latihan juga turut dibenarkan dibawa dari sekolah lama ke sekolah baru.

Sebelum itu, pihak kami juga ada berjumpa dengan Guru PK Hem yang bertugas untuk mendapatkan details terperinci seperti kelas Dayyan, buku teks, pakaian sekolah, jadual pembelajaran dan lain-lain lagi. Pembayaran yuran aktiviti sekolah dan PIBG (RM90) turut aku jelaskan on the spot🙂

Done!

Tak sangka, tak susah pun cara nak tukar sekolah untuk anak tahun 1 nih! Belum pun tamat waktu persekolahan Dayyan di hari pertama di sekolah baru ini, isteri aku telah pun selamat dimasukkan ke Whatsapp Group guru kelas Dayyan..haha..

Sempat juga kami menjenguk Dayyan pada waktu rehat. Intai intai juga dia dari jauh kot-kot tersesat nak ke kantin. So far, dia ok. Lokasi tandas, pintu pagar, dan tempat pengasuh dia menunggu juga kami tunjukkan. Risau gak dia ‘blur’ pada hari seterusnya. Harap-harap Dayyan OK-lah pada hari esok dan segalanya & seterusnya dipermudahkan oleh-Nya..

Alhamdulillah…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Dayyan Berjaya Tukar Sekolah Rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *