April 19, 2024

Tak Rugi Baca: Kisah Langgar Mati Rakyat Thai Di Krabi

Genap 1 tahun berlalu…. Terima kasih Allah yang telah memberi pertolongan melalui hamba hambaNya yang terpilih terus menerus membantu aku, isteri dan 2 anak yang terkandas di Krabi… anak anak ku Along Hasanah dan suami Izwan, Amirun Aziz, Ammarul Aziz Hj Ismail dan keluarga Madina Halalfood Aonang Krabi, Abd Razak Luca Sumalee, Man Tomoy Azman Abdul, Yeid Farid, Ruslan Malee, Imam Aziz Masjid Khloe Heng dan keluarga, bro Ahmad Fizal Othman, lawyer Dee, Keluarga besar mertua saya, Sahabat sahabat Nestle Malaysia dan Thailand, Sahabat sahabat SMSS 79ers dan SMSS, keluarga Khalif Bikers, warga Surau Al Hidayah TSP, warga Surau Hj Marzuki Kebun Baru, rakyat Malaysia dan Thailand. Pasti tak lupa Harian Metro, Kosmo dan TV3 yang mengikuti dan membuat liputan yang membolehkan rakyat Malaysia membantu. Terima kasih bro Ahmad Fiesal Othman NST yang memaparkan berita di Harian Metro.

Catatan sejarah untuk aku dan semua anak anakku untuk terus mengingati peristiwa yg banyak hikmah, rahmat dan tauladan.

Aku dituduh melanggar mati rakyat Thai di Ao Nang yang tinggal di Nakonsitamarat (200km dari Krabi). Aku sewa skuter 125cc dan pandu dengan kelajuan 30km/jam dan hanya bergerak memulakan perjalanan sejauh 50 meter pada jam 10.30pm 19 Dec 2018. Kami cuma berdua kerana anak dah balik tidur di hotel. Tiba-tiba terasa hentakan di muka sebelah kanan dan terus pengsan. Patah hidung, rahang, pipi dan cedera mata kanan. Baju, dan seluar tak koyak, terus pengsan. Mama Jun terima hentakan di kepala 1 garis dari depan kepala sampai belakang kepala, terus pengsan, baju dan seluar pun tak koyak. Headlamp motor cuma pecah sebesar genggaman, retak finder sahaja. Folk pun tak bengkuk.

Kecederaan pada mayat (foto yang diambil dari fb keluarga simati)…lebam dari dada sampai peha. Mayat dikeluarkan dari hospital tanpa bedah siasat dan dibakar terus pada keesokkannya (Buddha Thai selalunya simpan hingga 7 hari). Sepanjang jalan Ao Nang ada CCTV melainkan tempat kejadian. Seminggu selepas aku keluar hospital, aku pergi kebalai polis nak buat laporan…tetapi laporan dalam bahasa Thai dah dibuat, polis beri pilihan aku terima dan tandatangan atau masuk lokap. Aku signed sebab tak mahu duduk lokap dengan keadaan kecederaan diri. Perjumpaan dengan keluarga simati dibalai polis, memaksa aku membayar Rm500K. Aku tolak dan aku kena pergi ke mahkamah dengan translator Thai. Minta tolong Hj Ismail yang aku kenali kurang dari 2 jam sebelum kemalangan. Dimahkamah, aku bayar jaminan THB120K dan mahkamah minta penjamin Thai serta hartanya. Hj Ismail sanggup menjamin dan letakkan cagaran tanah serta rumahnya supaya aku tak dipenjara.

Ketika di Krabi, Imam Aziz cari aku dan suruh duduk di kampung Khloe Heng, trmpat Muslim utk elak diganggu gengster Krabi kerana syaki 1 sindekit kenakan pelancong. Imam Aziz kenalkan lawyer Dee yang bayarannya seikhlas hati. Sebelum itu, Lawyer dari Malaysia minta RM30K tunai sebelum buka fail serta Rm2500 yuran perjalanan setiap kali kes dimahkamah.

Aku dibenarkan balik setelah sebulan di Thailand dengan syarat lapor diri setiap 12 hari dimahkamah Krabi sehingga kes selesai. Kena duduk 3 hari di Krabi sebelum dapat balik keMalaysia. Berulang alik setiap 9 hari ke Krabi hingga hujung Mac 2019. Imam Aziz beri duduk resortnya serta motor dengan bayaran letrik dan air saja…. Minima.

Luca Sumalee tiap minggu berulang alik dari Phuket membantu kes hingga bawa ke gabernor Krabi. Berulang alik hingga kes selesai dihujung Mac 2019 dengan bayaran Rm100K. Aku kena mengaku salah dan tidak menunjukkan bukti foto mayat dan motor, ubah kelajuan kpd 60km/jam untuk selesaikan kes. Atau lawan di mahkamah yg mengambil masa 2 tahun lebih dan aku kena ulang alik lapor diri hingga kes selesai.

Allah menjadikan aku asbab untuk membawa kembali isteri simati yang murtad kembali kepada Islam setelah suaminya mati.

Allah mengajar aku makna kelaparan tak boleh makan kerana cedera, jangan bertangguh jika dapat berita fakir miskin yang perlu dibantu. Mereka mungkin tiada makanan.

Allah memberi pengalaman roh berpisah dengan jasad kepadaku. Aku nampak jasad aku terbaring dimeja bedah dgn nurse yang sibuk membersihkan aku dan meja bedah. Itulah Islam mengajar… Segerakan jenazah dan menghormati dan berlembut dengan jenazah.

Allah memberi makna sebenar Redha dan Pasrah apabila membawaku melihat peristiwa Syaidina Bilal Bin Rabah disiksa dengan batu besar didadanya. Syaidina Bilal masih tak putus berzikir walaupun tiada daya untuk bergerak.
Allah perlihatkan bagaimana umat Islam Ighgur China diseksa, dijolok dan disentap hidung dengan besi, tiada daya, lembik… hanya Pasrah dan Redha tetap berzikir….

Allah tunjuk kebesaran dengan peristiwa whatapps dari aku yang mengatakan aku kemalangan dan berada dihospital kepada anakku Amirun Aziz, walaupun aku pengsan kerika itu. Hanya Amir, Amar dan isteriku Jun yang menjadi saksi kerana Allah memadamkan semula tracking dari kedua phone aku dan Iphone baru Amir.

Allah tunjukkan kebesaranNya kepada anakku Ammarul Aziz Abd Wahab yang ketika aku masih pengsan, aku menjerit 3 kali setiap perkataan dan ulang 3 set menyebut namaMu, nama penuh isteri dan anak anak, bukan nama panggilan, nama penuh sahabatku Ahmad Fizal Othman, nama penuh berserta BIN sahabatku Rosman ZA walaupun aku tak pernah tahu nama ayahnya atau berjumpa ayahnya… Allah Hu Akhbar.

Kesimpulan, berhati hati di negara asing, jangan lupa Insuran Perjalanan, Extended insurance jika bawa kenderaan Malaysia, international driving license…

Gunakan kenderaan awam dan berjalan dalam kumpulan. Elakkan balik lewat malam ke hotel.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kita perlu bersabar dan berdoa untuk ditunjukkan hikmat serta rahmat pada setiap kejadian yang menimpa. Allah Hu Akhbar.

Penafian: Segmen “Tak Rugi Baca” ini adalah segmen khas berkongsikan tentang cerita atau perkongsian daripada rakan-rakan lain melalui channel lain seperti Facebook, Telegram, Whatsapp dan sebagainya. Ianya tiada bermaksud lain kecuali sebagai pengajaran dan teladan untuk kebaikan kita semua.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Tak Rugi Baca: Kisah Langgar Mati Rakyat Thai Di Krabi

  1. memang banyak persiapan kalau nk keluar negara walaupun dekat je. Teringat suami kepada kwn opis yang pergi konvoi motor ke siam dengan kawan-kawan nya. Malang tak berbau suaminya kemalangan, agak teruk jugak sampai patah kaki, berminggu jugak duduk di hospital, dan berpuluh ribu jugak kawan saya habis duit. Nasib ramai kawan konvoi yang membantu kalau tak mesti lagi teruk….

Leave a Reply to umi nazrah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *