February 26, 2020

Kelas Celik Jawi. Persediaan Ke SRA.

Sehari dua ni seronok betul aku membaca update daripada rakan-rakan di sosial media yang berkongsi tentang kejayaan anak mereka di dalam peperiksaan PT3. Tahniah kepada semua. Tak kisahlah keputusan macam mana, yang penting mereka (anak & ibu bapa) dah berusaha yang terbaik. Mungkin ada yang belum faham kenapa ibu bapa sangat teruja untuk berkongsi tentang kejayaan anak-anak, tetapi percayalah bila korang dah bergelar ibu bapa, akan faham jua satu hari nanti.

Dalam keseronokan membaca muatnaik status rakan-rakan semalam, aku & isteri juga mendapat berita gembira daripada Dayyan. Untuk makluman, Dayyan ada mengikuti satu program Kelas Celik Jawi di bawah kelolaan JAIS sebagai persediaan memasuki Sekolah Rendah Agama (SRA) sesi 2020. Program ini diadakan selama 3 minggu. Minggu ni adalah minggu terakhir dan diadakan satu penilaian untuk menentukan kelas pada sesi persekolahan yang bermula 2 Januari 2020 nanti.

Sebenarnya, aku tak kisah sangat tentang penilaian tu. Yang kami harapkan adalah Dayyan boleh memahami dan menerima ilmu agam daripada ustaz selama 3 minggu ini. Aku sebagai bapa yakin dengan Dayyan walaupun sometime dia macam lebih banyak bermain. haha.

Hari Pertama Kelas Celik Jawi

Aku masih ingat pada hari pertama mengikuti program ini, selepas tamat kelas, aku ada berjumpa dengan ustaz yang menjaga kelasnya. Komen Ustaz pada Dayyan ialah, Dayyan tak berapa familiar dengan huruf Jawi tetapi boleh menyebutnya dengan jelas dan betul. Aku faham concern ustaz tu.

Masa zaman aku dulu, huruf Alif, memang aku akan sebut Alif. Tetapi sebelum ini Dayyan belajar dengan kaedah lain, instead of dia menyebut Alif, dia akan bunyikan huruf tersebut, “Aa”. Jadi aku tak risau sangat tentang hal ini. Aku just doakan dia boleh cepat sesuaikan diri dengan cara pembelajaran di peringkat sekarang ini terutama dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.

Apa yang Dayyan belajar selama 3 minggu ini di Program Celik Jawi ini? Secara asasnya, anak-anak belajar lebih mendalam dalam mengenal huruf Jawi, IQRA dan bacaan doa asas. Sebenarnya semua ini dah pun Dayyan pelajari, tetapi lebih penggunaan Bahasa Inggeris. Kali ini, makna bacaan disebut di Bahasa Melayu. Awalnya aku risau gak dia konpius, so far aku tengok dia OK je..haha..

Alhamdulillah, 3 minggu dah pun berlalu. Keputusan ujian penilaian pun dah keluar. Dayyan mendapat full mark dan ditempatkan di Kelas A. Wife aku bukan main happy, tapi aku steady. Tak nak sangat tunjuk keterujaan, sebab ini baru permulaan. Jauh lagi perjalanan Dayyan dalam usaha menuntut ilmu.

Tahniah nak! Semoga terus maju dan sukses dalam tenang!

Belajar ni tak perlu stress stress OK!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Kelas Celik Jawi. Persediaan Ke SRA.

Leave a Reply to umi nazrah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *