February 26, 2020

Company Annual Lunch 2019 & Dayyan Menang Colouring Contest!

Panjang betul tajuk entri kali ini!

Sebelum kita melangkah kaki ke tahun baru 2020, aku kena juga update tentang ini. Kalau tak, basi.

Alhamdulillah.

Company Annual Lunch 2019.

Walaupun tahun 2019, tahun yang agak mencabar dari segi ekonomi dunia dan bisnes kami, tetapi tetap ada rezeki untuk team dan keluarga masing-masing. Ada juga rezeki untuk diadakan majlis makan tengah hari tahunan (annual lunch) sekaligus sebagai gathering santai untuk eratkan ukhwah selepas setahun memerah otak dan tenaga.

Annual Lunch kali ini diadakan di Cinnamon Cafe, One World Hotel, Damansara.

Gathering Project Team

Bilangan ahli team kami tidak ramai, tetapi cukup meriah kerana melibatkan ahli keluarga bersama. Sebenarnya, ini adalah rutin tahunan pada tahun tahun sebelum ini kecuali tahun lepas disebabkan peruntukan yang agak ketat untuk melawan cabaran ekonomi semasa.

Tahun ini adalah tahun yang lebih baik. Jadi, rezeki kita kongsikan bersama kan!

Dayyan dan Danish dah macam kembar!

Ini adalah kali kedua aku menjamu selera di Cinnamon Cafe ini. Kali pertama, sangat berpuas hati dengan kualiti makanan. Tetapi untuk kali kedua ini, aku rasa kualiti makan di buffet lunch kali ini, tidak sehebat berbanding kali pertama. Mujurlah suasana majlis kali ini lebih meriah sekaligus membuatkan aku lupa tentang kualiti makanan.

Eh tapi, dalam banyak-banyak makanan terhidang, aku paling suka dengan kari kepala yang dalam gambar di bawah ini. Cukup rasa rempah karinya, isi ikan yang lembut dan terasa kesegaran dia. Fuh *lapairliur

Makan lauk jer!
Us!
annual lunch
DH dan anak-anak rakan seofis aku.

Pada hari ini juga, pihak Cinnamon turut menganjurkan pertandingan mewarna (Colouring Contest) untuk anak-anak berusia 6 tahun ke bawah dan 6-9 tahun. Bini boss aku bukan main beriya suruh Dayyan dan Danish join contest tu. Dayyan lak memang “makanan” dia bab-bab mewarna ni.

Fokus.

Kalau diberi pilihan antara makan dan mewarna, Dayyan lebih rela memilih mewarna. haha.. tengok tu, bukan tekun dan bersungguh lagi tu. Cara dia tekan kaler pensel tu boleh tahan bersemangat, terang betul kaler tu.

Dah setel mewarna, hasil lukisan tu nak kena submit ke kaunter. Bini boss aku tu jugalah yang bersemangat bawa Dayyan dan Danish ke kaunter untuk submit penyertaan. Fuh..aku dan wife layankan saja. Tapi keputusan menang ke tidak tu bukan dapat tahu hari ini juga. Pihak Cinnamon akan hubungi para pemenang.

Hantar penyertaan Colouring Contest Cinnamon One World

Dayyan dah bersemangat nak tahu dia menang ke tak. Nampaknya kena bersabar menunggu Krismas la nak..

Cerita 2: Dayyan Menang Colouring Contest!

Beberapa hari sebelum cuti Hari Krismas, pihak Cinnamon ada menghubungi wife aku untuk menjemput kami ke majlis penyampaian hadiah Colouring Contest tempoh hari. Wah..aku pula yang teruja bila tahu. Tak kisahlah menang apa, janji ada tempat..haha

Kami dijemput ke lobi kafe pada hari Krismas. Mujur pada hari cuti, kalau hari biasa, memang aku tak datanglah. haha.. Mujur datang, sebab Dayyan mendapat tempat PERTAMA dan Danish ke-3.

Hahaha..rezeki diorang kot..

Sebelum acara penyampaian hadiah bermula, pihak Cinnamon turut menganjurkan persembahan badut oleh badut terkenal Malaysia, Jaja The Clown. Boleh tahan lawak dan menarik persembahan yang diadakan oleh badut ini. Dengar cerita, Jaja The Clown ini banyak mendapat job di majlis-majlis besar di sekitar Lembah Klang.

Pemenang tempat ke-3, Danish Hayyan!
Tempat pertama, Dayyan Harith!

Tak cuba tak tahu kan. Dah cuba, kalau menang, alhamdulillah rezeki.

Rezeki untuk mak pak mereka, sebab Dayyan menang voucher Buffet Dinner di Cinnamon Cafe bernilai RM260 dan Danish pula menang voucher high tea bernilai RM180. Ok la kan?

Since diorang bawah umur dan masih belum dikenakan bayaran, kiranya voucher-voucher tersebut menjadi milik daddy & mommy diorang..hahaha..

Alhamdulillah, inilah namanya rezeki tahun baru..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Company Annual Lunch 2019 & Dayyan Menang Colouring Contest!

Leave a Reply to Nurhidaya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *