February 26, 2020

Avisena Children’s Day 2019 Sangat Meriah!

Dua tahun lepas, Dayyan dan Danish pernah menyertai aktiviti Hari Kanak-kanak (Children’s Day) di Hospital Pakar Avisena yang dikenali sebagai DEMC Hospital pada masa itu. Masa tu Danish masih kecil, baru berusia 3 tahun. Pelat dan tak tahu apa-apa.

Tahun ini, sekali lagi mereka berpeluang memeriahkan aktiviti sempena Avisena Children’s Day 2019 yang diadakan di lobi Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital Shah Alam. Rasanya ini pertama kali aku masuk ke AWCSH selepas hospital pakar ini siap sepenuhnya. Cantik. Aku pernah datang ke sini untuk site visit sebelum bangunan ini siap sepenuhnya, dan memang aku dah boleh imagine betapa cantiknya hospital ini bila dah beroperasi. Thumbs up my senior& team yang bertungkus lumus dalam memastikan hospital ini dapat beroperasi dengan baik dan makin dikenali ramai.

Kami tiba-tiba lebih kurang jam 9 pagi. Ingatkan dah awal, rupanya ramai lagi yang datang lebih awal.

Selepas mendaftar nama Dayyan dan Danish, dah tak tahu nak beratur di stesen permainan mana satu. Barisan punyalah panjang. Aktiviti hari ini hanya melibatkan kanak-kanak. Ibu bapa tidak dibenarkan bermain sama, hanya boleh bagi sokongan sahaja. Anak-anak perlu menghabiskan permainan di beberapa stesen permainan dan perlu mengumpul kesemua cop/stamp untuk redeem hadiah istimewa daripada penaja.

Selain permainan, peserta juga boleh mengambil gambar di photobooth dan mendapat cetakan gambar dengan frame menarik. Alang-alang dah ambil gambar comel, terus upload ke social media dengan hashtag #avisenachildrensday2019 #avisenawcsh . Bukan uploaad saja saja ye, setiap peserta berpeluang memenangi tiket ke Kidzania!

Pertama kali bermain Dam Ular Gergasi

Walaupun hanya perlu mengumpul 4 cop, ianya bukan perkara yang mudah ye. Permainan tu senang sahaja, tapi nak bersabar menunggu giliran bukan main mencabar. Nak tak nak kena beratur. Sebenarnya bukanlah disebabkan nakkan sangat hadiah tu, tapi sebab Dayyan sendiri yang teruja nak bermain bersama kawan-kawan baru. Tak kisah sangat la kan sebab hari ni kan hari kanak-kanak. Masa untuk mereka berseronok, kan?

Selain daripada permainan, anak-anak juga dihiburkan dengan persembahan badut. Cergas dan bertenaga persembahan seorang badut ini. Aku pasti, bukan hanya anak-anak terhibur, ibu bapa dan pelanggan hospital yang menonton pun memang terhibur dengan telatah badut tu.

Bijak sungguh persembahan badut ini dengan permainan silap matanya. Interaksi dengan anak-anak dengan menjemput mereka beraksi bersama memang menghiburkan.

Pertama kali Dayyan buat face painting ni. Setengah jam jugalah beratur untuk sampai turn dia. Tiba turn dia, dia request watak yang tiada dalam list. Semestinya IRONMAN! Ingatkan akak pelukis tu rejek permintaan dia, tapi tak. Dia setuju untuk lukiskan. Bukan main seronok lagi Dayyan..sampai ke malam taknak padam face painting tu.

Simple tapi tetap Dayyan suka.

Aktiviti hari ini berlangsung sehingga jam 1 petang. Tapi kami terpaksa keluar awal pada jam 11 pagi kerana ada event lain yang perlu dihadiri di tempat lain. Dari jam 9 pagi hingga 11 pagi, memang nampak Dayyan & Danish seronok sangat join macam-macam aktiviti di Avisena Children’s Day ni.

Pengalaman di event ini menjadi lebih best, bila dapat tahu, gambar diorang (1st gambar kat atas tu) berjaya terpilih untuk memangi 4 tiket ke Kidzania! Wah..ngam ngam bilangan ahli kami sekeluarga. Daddy mereka pula yang tak sabar nak ke Kidzania!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Avisena Children’s Day 2019 Sangat Meriah!

Leave a Reply to umi nazrah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *