April 24, 2024

5 Sebab Ejen Ali The Movie Berjaya Kutip RM6.4 Juta Dalam Masa 3 Hari.

Sebaik sahaja tamat menonton filem animasi Ejen Ali, aku nampak semua penonton di dalam panggung menunjukkan wajah sangat berpuas hati. Aku pasti rata-rata penonton telah memberikan reaksi positif selepas menonton filem Ejen Ali. Aku yakin ramai yang bersetuju bila aku cakap filem Ejen Ali adalah filem animasi terbaik pada tahun ini.

Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu berkisar perisik kanak-kanak yang ditugaskan agensi Meta Advance Tactical Agency (MATA) sebagai pelindung kota futuristik, Cyberaya daripada ancaman.

1# Plot Cerita Menarik.

Filem Ejen Ali ini digarap dengan sangat rapi dan setiap babak disusun dengan sangat baik dan tidak mengelirukan. Bukan itu sahaja, anda akan dapat melihat plot ‘twist’ yang pastinya akan membuat anda mind blown.

2# Grafik Animasi Berkualiti Tinggi

Saat pertama filem Ejen ali dimain, aku dah kagum dengan kualiti grafik yang digunapakai di dalam filem ini. Ciri ini sangat penting pada aku dalam setiap penghasilan filem animasi.

3# Pelbagai Emosi – Lawak, Sedih

Aku dapat rasa setiap permainan emosi yang dimainkan oleh setiap karakter. Ada cerita lawak dengan punchline yang tidak dijangka. Aku juga rasa gembira bila ali dan kawan-kawan bergembira menentang pihak musuh. Paling best, emosi kami juga berjaya disentuh oleh memori Ali terhadap ibunya yang juga seorang ejen. Paling penting, Ejen Ali The Movie pada dengan aksi dan senjata-senjata rahsia oleh pihak ejen dan musuh.

Apa yang menarik perhatian aku dan Dayyan adalah ketika Ali menggunakan ‘override mode’ tetapi ada sedikit berbeza ‘override mode’ pada pertempuran akhir. Memang power!

4# Soundtrack KITA JAGA KITA.

Soundtrack ‘Kita Jaga Kita’ oleh Altimet ft Curley ft Malik Abdullah dicipta bukan sekadar jadi soundtrack kosong. Lirik dan melodi memang padu. Momen yang amat tepat bila lagu itu dimainkan pada setiap scene. Sebelum ini aku pernah dengar siulan Dayyan dok nyanyikan, tapi macam lain je lirik. Rupanya memang lain. Bila dengar balik lagu ini semasa menonton filem ini, aku pula jadi bersemangat.

5# Cuti Sekolah

Ya, kutipan cemerlang filem animasi terbaik tempatan ini semestinya dibantu oleh waktu tayangan. Sekarang ini kan musim cuti sekolah. Ditayang pula semasa mak pak baru je dapat gaji. Setiap waktu tayangan sejak hari pertama penuh. Bukan sahaja dipenuhi oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa, sama ada sedang ber’movie date’ atau sekadar memenuhi masa terluang.

ejen ali filem animasi

Dayyan dan Danish sangat teruja dan gembiran dengan filem Ejen Ali ni. Ye, diorang memang peminat Ejen Ali dan animasi tempatan lain. Tapi kali ini, hero aku dua orang tu sangat teruja dari awal hingga tamat tayangan. 10/10 bintang kami kasi!

Satu lagi, jangan terus bangun tinggalkan tempat duduk korang..sebab ada 2 end credit di akhir cerita!

Yang belum menonton, cepat-cepat dapat tiket movie hari ini !

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “5 Sebab Ejen Ali The Movie Berjaya Kutip RM6.4 Juta Dalam Masa 3 Hari.

  1. Sebenarnya anak anak yg minat ejen ali ni. Nak ak nak mak ngan bapak ikut jugak la p tengok baru baru ni. Ok la boleh laa layan hahaha . Nak cakap lelebih kita ni tak pandai nak review sangat filem2 bagai. Review produk blh laa hahaha ..

  2. kalau layan ejen ali yang kartun tu pun nampak animasi dia lawa, jd movie mesti lagi power kan…
    yelah cuti sekolah memang lah ramai anak-anak tengok, sekali dengan mak pak kan mau ada yang tengok sampai repeat berkali hehehe

Leave a Reply to Siti Norhidanah Mohd Miswan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *