March 19, 2024

3 Kesilapan Dalam Perancangan Membeli Rumah Pertama.

Hari ini, tidak dinafikan memiliki rumah pertama adalah impian setiap insan. Namun, masih ramai yang melakukan kesilapan dalam perancangan memiliki rumah pertama.

Apakah kesilapan dalam perancangan membeli rumah pertama yang sering dilakukan tanpa sedar?

Kesilapan 1# Kerana Terdesak.

Sebab dah lama dirikan rumah tangga, atau umur semakin meningkat, akan ada rasa terdesak nak beli rumah pertama. Bila tak ada ilmu, maka terbeli la rumah yang tak produktif ini. 

Contoh : Jauh dengan tempat kerja, susah dapat penyewa, kawasan yang tak membangun. 

Akhirnya, rumah tersebut dibiarkan, jadi kosong tanpa apa-apa hasil.

Kesilapan 2# Tersalah Pilih Lokasi

Membeli rumah ketika masih dalam pembinaan. Dianggarkan lagi dua tahun baru siap. Kawasan sekeliling masih kosong, dan beranggapan tempat itu OK dan akan membangun dengan pesat. Semasa pembinaan akan membuat bayaran installment sikit-sikit dulu. Bila dah siap sepenuhnya, bayaran dianggarkan RM1300 gitu sebulan. Contoh. Masa itu, kawasan itu dah membangun dengan pesat dan boleh disewakan dengan sewa yang tinggi.

Malangnya, itu semua tidak berlaku. Pendek kata, tersalah pilih kerana kurang ILMU!

Kesilapan 3#: Kekangan Modal

Modal memainkan peranan yang penting dalam melancarkan proses pembelian umah. Takde modal, toksah bercakap tentang beli rumah. Nak membeli, kena ada modal atau RINGGIT. Beli rumah bukan seperti membeli barangan runcit. Modal bukan sahaja melibatkan deposit rumah. Bukan bayaran muka/deposit 10% sahaja. Ia melibatkan pembayaran kos guaman, tunggakan cukai  jika ada dan sebagainya.

Walaupun modal memainkan peranan yang penting, sukar mengumpul modal tidak boleh dijadikan alasan mudah untuk generasi muda bahawa pembelian rumah ini merupakan proses yang sukar kerana terdapat pelbagai cara untuk mengumpul deposit rumah dan modal ini. Ada juga yang beli rumah untuk dijadikan homestay atau rumah sewa. Perancangan ini turut memerlukan modal yang lebih tinggi.

Ia hanyalah 3 kesilapan yang sering dilakukan tanpa sengaja. Tak semua, tetapi terlaku oleh segelintir pembeli sahaja. Dan masalah ini boleh diatas dengan 2 perkara:

  1. Ilmu yang betul/cukup tentang pembelian hartanah
  2. Persediaan awal terutama bab modal wang ringgit, sebab ianya memerlukan masa untuk mengumpul sejumlah wang yang bukannya sedikit.

Dapat sesuatu? Alhamdulillah..


JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “3 Kesilapan Dalam Perancangan Membeli Rumah Pertama.

  1. setuju dengan semua tips di atas tu, sebab ada kawan saya yang beli rumah yang baru cantik, 2 tingkat tapi sayangnya sampai sekarang tak duduk pun di situ. sebab jauh dari tempat kerja, dah beli lebih kurang 4 tahun rasanya. Walaupun saya beli rumah agak lambat dan beli bukan rumah baru tapi rasa seronok, sebab harga berpatutan dan dekat dengan pejabat. Persekitaran pun ok, nak ke mana-mana ada akses yang mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *