July 16, 2020

The Chicken Rice Shop Grilled Butter Chicken Sedap Giler!!!

Sejak seminggu dua ni, ramai kawan-kawan aku yang dok update makan Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop. Meleleh-leleh sos butter mencucuri ayam rangup. Dua tiga kali tengok video atau gambar, dua tiga kali jugalah aku dok telan air liur.

Asyik tengok kawan-kawan ke The Chicken Rice Shop je tak boleh jadi juga. Mana tahan asyik sapa ailio. Jadi, minggu lepas, aku angkut anak isteri ke outlet The Chicken Rice Shop di AEON Bukit Tinggi. Biasanya waktu makan malam, outlet ni asyik penuh jer.

Mujur masa kunjungan kami, ada meja kosong. Dapat seat tepi dinding pula tu. Selesalah sikit nak makan.

Oh ye, sebelum masuk, aku tanya krew diorang terlebih dahulu sama ada menu Grilled Butter Chicken available atau out of stock. Maklumlah, menu tengah “in”, kang habis kempunan lak kami. Bila krew cakap ada, barulah kami ke meja kosong. Sebaik sahaja duduk di meja, terus krew restoran hulurkan menu.

Dalam otak dah tak fikir menu lain, aku punya aku order Grilled Butter Chicken~lah! Dan BBQ Chicken untuk Dayyan dan Danish.

Tak sampai 10 minit, menu-menu pesanan aku selamat tiba di meja.

Walaupun hiasan daun kari di atas Grilled Butter Chicken tu tak seindah dalam gambar iklan, tapi rasa dia memang aku puas hati. Lemak-lemak butter dan kepekatan sos butter tu memang kena bila makan dengan nasi ayam.

Sedap Ke Grilled Butter Chicken ni?

Ayam crispy rangup, dimandikan dengan butter sauce, ditaburi daun kari nan mewangi. Set ni datang sekali dengan Park Choy soy sauce & sup tau. Tak pedas, rasa lemak-lemak manis, takde la manis sangat, taklah berlemak sangat..arghh susah la nak describe sedap gila tu macam mana. Datang cuba sendiriLah!

Daripada sedi portion/kuantiti pula sangat berbaloi. Untuk 1 set dengan harga RM21.90, memang kenyang gila~lah untuk seorang makan. Aku punya siap boleh kongsi dengan isteri.

Tu pun masih rasa kenyang gila. Burpp..

Kalau kau orang perasan, menu Grilled Chicken Butter ni tak selalu available di The Chicken Rice Shop. Ada masa-masa tertentu. Maknanya menu istimewa ni.

Kali ini, hanya available dari November 2019 hingga Januari 2020. Nampak macam 2 tahun ada kan, tapi sebenarnya available lebih kurang 3 bulan je..haha..

Masih ada masa untuk aku repeat makan sini sekali dua lagi nanti!!!

Website #TCRS : https://www.thechickenriceshop.com/

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “The Chicken Rice Shop Grilled Butter Chicken Sedap Giler!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *