February 20, 2020

Persediaan Kelengkapan Sekolah Rendah Dayyan

InsyaAllah, Dayyan akan memasuki Darjah 1 mulai sesi persekolahan tahun 2020. Tempat di Sekolah Rendah dah pun disahkan, begitu juga dengan Sekolah Agama. Aku dah boleh bayangkan betapa sibuknya Dayyan nanti. Waktu pagi akan ke Sekolah Agama, kemudian transit sekejap di rumah pengasuh sebelum ke Sekolah Rendah sehingga lewat petang. Mujurlah jarak di antara 3 tempat ini tak jauh. Takdelah penat sangat.

Bagaimana persediaan kelengkapan sekolah Dayyan nanti? Aku boleh katakan 60% dah setel.

Sejak awal bulan hari tu lagi kami dah start list down barang keperluan sekolah dan mula mencari tempat yang menawarkan harga yang berbaloi. Aku dan isteri ada melakukan survey di beberapa pasar raya seperti AEON, Parkson dsb dan juga jenama seperti Canggih, Matari dsb.

Fuh, harga baju sekolah anak-anak hari ini boleh tahan juga. Kalau tak nak terasa duit mengalir laju, ikut cara kami. Beli sikit-sikit dari awal lagi. Jangan tunggu hujung bulan 12 baru kelam-kabut nak membeli in one shot, aliran tunai keluar pun terasa laju, saiz untuk pakaian sekolah anak-anak pun mungkin sudah kehabisan dan terpaksa tunggu stok baru masuk nanti.

Kami kongsikan di sini secara ringkas. Untuk rujukan rakan-rakan dan juga aku nanti. Ye la, lagi 2 tahun, si Danish pula yang akan memasuki Sekolah Rendah.

Senarai Semak Kelengkapan Sekolah Tahun 1

1# Pakaian Sekolah Rendah

i. Baju Sekolah Putih (Keperluan: 4 helai).

Bagi persiapan awal, aku dah beli 2 helai jenama Canggih Premier (RM29.90). Beli di AEON One Utama, dapat diskaun 15%.

ii. Seluar Biru Gelap (Keperluan: 3 helai)

Seluar sekolah pun aku beli 2 helai untuk persiapan awal. Jenama Canggih juga. RM36.90 harga asal, juga dapat diskaun 15%.

iii. Kasut hitam (Keperluan: 2 pasang)

Bab kasut, aku tak pasti design macam mana yang sesuai. Tengok, boleh tahan gak kepelbagaian design. Keutamaan aku, kasut tu selesa dan senang pakai (bukan tali). Ye la, buda darjah 1, mana la nak reti sangat ikat tali kasut kan. Semasa jejalan di AEON One Utama tu, terjumpa dengan kasut hitam Hotwheel. Dayyan suka dan aku nampak pun macam berkualiti dan tahan lasak. RM35 sepasang.

iv. Stokin hitam. (Keperluan: 4 pasang)

Pilihan utama adalah stokin berwarna hitam. Senang nak basuh, tak menyakitkan mata. Pun beli di tempat sama, RM11.22 untuk 3 pasang.

v. Seluar dalam kanak-kanak. (Keperluan: 10 helai)

Huih kenapa sampai 10 helai? Aku bajet 5 helai untuk sekolah agama, 5 helai untuk Sekolah Rendah..

vi. Baju Sukan (Putih) & Seluar Sukan (Dark blue) – (Keperluan: 2 helai)

Waktu aku bersekolah dulu, baju sukan nak kena beli di koperasi sekolah sebab kena beli design yang dah diwajibkan. Untuk Dayyan, aku tak perlu. Buat permulaan ini, hanya beli sepasang ; baju putih kosong dan seluar track kaler dark blue.

vii. MISC – Nametag/Tali leher/Wallet/Jam tangan/Sapu tangan (Keperluan: 1 set)

Tali pinggang untuk Dayyan, aku dah beli awal-awal. RM11 satu set, jumpa di AEON. Yang lain-lain tu tengok keperluan. Macam wallet, Dayyan dah ada. Sapu tangan tu mungkin perlukan juga. Jam tangan tu mungkin aku kena carikan satu untuk dia belajar menepati waktu.

2# Pakaian Sekolah Agama

i. Baju Melayu Putih (Keperluan: 4 helai)

So far, dah beli 2 pasang jenama Canggih juga. Putih betul baju melayu budak sekolah ni. Konfem hari-hari bertukar kaler. Tu pasal aku bajet keperluan sebanyak 4 pasang. So, nak kena cari lagi 2 pasang ni..

ii. Sampin Hijau (Keperluan: 2 helai)

2 helai cukup la kan. Lagi pun warna hijau, aku anggap je la tak terlalu senang nampak kotornya.

iii. Songkok (Keperluan: 1 pc)

Dayyan tak perlu beli songkok baru sebab plan nak pakai je songkon raya. Jimat

iv. Kasut Putih. (Keperluan: 2 pasang)

Aku dapat RM10 sepasang masa clearance SALE. Best!

3# Alat Tulis

KIV. Tak beli lagi. Nak cari jualan borong.

4# Yuran Sekolah

i. Yuran Perdaftaran

ii. Yuran PIBG

iii. Duit buku

5# Perbelanjaan Lain

i. Duit makan

ii. Duit transport

iii. Duit transit

Kalau perasan, aku ada letak note “KEPERLUAN” untuk setiap item tu. Itu terpulang kepada perancangan dan kemapuan masing-masing. Maksud aku, ada yang mampu nak basuh hari-hari. Tapi memandangkan aku dah isteri bekerja Isnin-Jumaat, memang kami tak mampu nak buat sesi membasuh setiap hari. Mungkin sekali dua bolehlah dalam masa 5 hari tu. Nak tak nak, aku kena naikkan bilangan keperluan itu.

Ok, setakat 21/11/2019, ini dulu boleh aku update. Nanti aku update dari semasa ke semasa untuk rujukan bersama.

Chow!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Persediaan Kelengkapan Sekolah Rendah Dayyan

  1. Ank sy darjah 2 dh thn ni. insyaallah wiken nanti nk start soping baju skolah. sama mcm last year kami pilih kedai Hari-Hari. Brand Jeny&Jony so far dh setahun ank sy pkai alhamdulilah puas hati lah. harga pon murah sket nk bandingkan dgn canggih. cadangan sy yg suami isteri bekerja juga hihihi:
    1. kasut sekolah – 2pasang
    2. stokin – 5pasang
    3. baju skolah kebangsaan – 3pasang. sbb lg 2hari pkai baju sukan/pj jer
    4. baju skolah agama – 5pasang. tp sy beli 3 je. selasa/rabu mlm kena basuh la
    5. sampin hijau – sama pasangnye dgn baju. sbb boys active. kotor sampin hari2.xleh recycle selagi tak basuh hahaha
    6. songkok – 2 or 3 buah. standby. songkok kdg2 hilang. pastu cepat ronyok
    7. alat tulis, pensil box tu beli yg biasa2 je jgn beli yg mahal, menarik, kalerful. cepat jer hilangnya.
    9. botol air jgn lupa. pon beli yg biasa2 jer. tupperware brand mmg la cantik & tahan lasak. tp kalo hilang nangis mak budak!

    lagi satu tips, selitkan kat tempat tersorok dlm beg duit ’emergency’. kadang2 bebudak ni duit hilang, tercicir, bdk lain mintak & macam2 hal jadik. nanti kesian kt anak time rehat xde duit nk beli makanan. unless ank tu sejenis yg bermuka tembok selamba mintak pinjam duit cikgu (my son la tu hahahaha)

    1. Yey! Terima kasih atas perkongsian Puan! Nampaknya sampin tu saya nak kena tambah juga. Bab selit duit tu pun tak terfikir gak! Tenkiuuuu..semoga dirahmati olehNya

  2. keperluan sekolah ni memang kene beli sikit-sikit dari awal, aiyan dulu masa nak masuk darjah 1 macam tu jugak, dia punya excited lain macam… bukan anak tapi emak bapaknya hehehe…
    tapi bila dah masuk darjah 2 kita dah boleh nk rilex sebab barang yang ada mana yang boleh pakai kita pakai, just tambah-tambah je..
    aiyan sampai sekrang memang pakai kasut yang lekat-lekat je hehehe.
    tali leher tu better beli lebih sebab darjah satu kebarangkalian untuk hilang memang tinggi, sebab aiyan masa darjah 1 rasanya ada lah 3 ke 4 kali beli tali leher hehehe..

  3. Alat tulis better ko borong kat kedai eco je. Beli banyak terus kalau ada stock. Pensel, pemadam, pensel warna, pembaris.. for sure yang ni ko tak larat nak beli ulang kali. Tiap-tiap hari benda ni buat magic hilang dari radar. Hahaha.

    1. haha..ok aku dengar nasihat kau yang berpengalaman ni. Memang plan nak cari borong, cuma tak tahu nak borong banyak mana? Ke setiap bulan kena borong sebab asyik hilang dr radar??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *